Titik Bekam

Titik Organ Badan

titik organ tubuh

TITIK ORGAN BELAKANG

a) Paru-paru

b) Perikardium (selaput jantung)

c) Jantung

d) Hati

e) Pundi hempedu

f) Limpa

g) Buah pinggang

h) Usus besar

i) Usus kecil

j) Pundi kencing

TITIK BEKAM KEPALA

titikbekam

Ummul Mughits (puncak kepala)  أم مغيث – Terletak pada tulang tengkorak pada bahagian atas agak ke belakang, tepatnya pada tulang ubun-ubun, di 2/3 bahagian depan.

Berada di puncak kepala (VERTEX), titik pertemuan antara garisan puncak (apex) cuping telinga kiri & kanan dan garisan sagittal suture.

Titik ini disebut juga titik “pertemuan seratus penyakit” (hundred meetings) dan “ibu segala penyakit” (ummu mughits). Titik ini merupakan tempat yang bertanggungjawab terhadap pergerakan dan sensor tubuh (motoric and sensory area).

  • Berfungsi untuk merawat sakit kepala, strok, kejang, sawan, vertigo, tinitus (telinga berdengun), gangguan jiwa, sinus, gayat, tekanan darah tinggi, seimbang hormon, uban, stress dan pengaruh sihir,  pening, sakit mata (merah), hemoroid, organ² terturun (prolapse), tajamkan ingatan, kemurungan dsbnya.

Dari ibnu umar r.a bercerita bahawa:

كَانَ النَّبيُ صَلىَ الله ُعَلَيهِ وَسَلَّمَ يَحْتَجِمُ فيِ رَأْسِهِ وَيُسَمِّيهَا أُمَّ مُغِيثٍ

“ Nabi Muhammad saw pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya dengan Ummu mughits” (Kitab al-Fawaaid, dinilai hasan oleh al-Albani)

 

Qomahduah (belakang kepala) القمحدوة – terletak pada bahagian belakang tulang kepala, iaitu di sekeliling bonjolan tulang, di antara dua telinga. kalau seseorang itu tidur terlentang maka qomahduah ialah bahagian yang menempel di tanah.

Tempat ini merupakan daerah yang berhubungan dengan pusat penglihatan (optic area)

  • berfungsi merawat sakit kepala, darah tinggi, migrain, tuli, kaku lidah, epilepsi (sakit saraf), leher kaku, gayat, merawat 72 jenis penyakit.

عَلَيْكُم بِالْحِجَامَة فيِ جَوزَةِ اْلقَمَحْدُوَةِ فَإِنَّهَا شِفَاءٌ مِنْ اِثْنَينِ وَسَبْعِينَ دَاءً

“Hendaklah kalian berbekam pada tengah qamahduah kerana ia boleh menyembuhkan 72 jenis penyakit”. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dalam sunannya (2053), Ibnu Majah (3478), dan Hakim )

Yafukh (tengah kepala) – اليافوخ – Terletak di tengah kepala, iaitu pada titik pertemuan antara tulang tengkorak hadapan dan belakang, iaitu di antara tulang ubun-ubun (os parietale) dan tulang dahi (os frontale).

Tempat ini merupakan daerah pengaturan pergerakan otot wajah dan otot-otot tubuh (chorea) dan tremor controlling area.

  • berfungsi merawat sawan, pening kepala, sinus, kurang penglihatan, kejang, rinorea (lelehan lendir hidung).

Hammah (‘Alaa Ro’sun atas kepala)  الهامة – Terletak di bahagian depan (os frontalis) atau atas dahi.

  • berfungsi merawat sakit kepala, pening, gayat, strok, pengaruh sihir, resdung.

كان رسول الله يحتجم على هامته وبين كتفيه

Naqroh – النقرة (tulang leher) – Terletak di bahagian belakang leher pada aras tulang leher 1-7 . dari atas batas rambut belakang hingga ke tulang leher C7. Di sebelah dalamnya terdapat otak kecil (cerebellum), yang berbatasan dengan medulla oblongata.

Tempat ini merupakan daerah pusat keseimbangan tubuh (balance area).

  • berfungsi merawat penyakit vertigo, pertuturan, gangguan emosi, sakit kepala dan darah tinggi.

Udzun(belakang telinga) الأذن  Terletak di belakang telinga kiri dan kanan.

  • berfungsi merawat  penyakit telinga berdengung, sukar bertutur, kurang pendengaran, lumpuh otot bahagian muka, dan bengkak bahagian muka.

Dzuqnu – (dagu) الذقن – Terletak di dagu.

  • berfungsi untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan kelemahan otot wajah, bengkak gusi, bengkak mata dan sakit gigi.

Akhda’ain (urat leher) الأخدعين  – terletak di sekitar otot-otot (urat leher) kanan dan kiri, setentang dengan tulang rahang, iaitu di sekitar posterior external jugular vein.

  • Berfungsi untuk merawat sakit beguk, kejang tengkuk, deman selsema, sakit telinga, rahang, sakit gigi, sakit behagian leher, kelenjar liur.

Kahil (bonggol belakang) الكاهل – terletak di sekitar bonjolan tulang leher (C7) bahagian belakang di antara bahu kanan dan kiri, setinggi bahu.

  • Berfungsi untuk merawat penyakit jangkitan selaput otak (meningitis), asma, batuk, sawan, dan sakit sendi, kejang bahu. buang racun, rabun.

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحْتَجِمُ فيِ الأَخْدَعَينِ وَالْكَاهِلِ وَكَانَ يَحْتَجِمُ لِسَبْعِ عَشْرَةَ وَتِسْعَ عَشْرَةَ وَاِحْدَى وَعِشْرِينَ

“Bahawasanya Rasulullah melakukan bekam di akhda’in dan di kahilnya pada hari ke 17, 19, dan 21″. (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah dari Anas)

 

TITIK BEKAM BADAN

titikbekam

 

Munkib – (bahu) المنكب Terletak di antara bahu dan leher.

  • berfungsi untuk pengubatan yang berkaitan dengan sakit bahu, sendi bahu dan sakit lengan.

Tsadyu – (buah dada) الثدي Terletak di bawah dada.

  • berfungsi untuk pengubatan berkaitan batuk, sakit dada, sukar bernafas, jangkitan dada dan semput (asma)

Asfalas Shodr – أسفل الصدر – Terletak di dada bahagian bawah, kiri dan kanan.

Qithon – (saraf cawan muka) القطان Terletak di bahagian punggung antara tulang lumbar ke -4 dan tulang sacral pertama (L4,S1).

  • berfungsi untuk merawat masalah berkaitan dengan gangguan kitaran haid, keputihan, jangkitan pundi kencing dan mati pucuk.

Maq’idah – (saraf tunjang sum) المقعدة – Terletak di bahagian tulang punggung (kanan dan kiri).

  • berfungsi untuk merawat sciatica (sakit saraf, kebas), gangguan kitaran haid, lumbago (sakit tulang belakang), sembelit, buasir.

Warik  (pangkal peha) الـورك – Terletak pada pangkal peha (antara sendi femur dengan pelvis), dekat caput femoris. iaitu bahagian bawah belakang tulang pinggul.

  • Berfungsi untuk merawat lenguh dan sengal pada pinggul dan bahagian bawah belakang badan (lower back pain).

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ عَلَى وِرْكِهِ، مِنْ وَثْءٍ كَانَ بِهِ

 

TITIK BEKAM KAKI

titikbekam

Fakhd  الفخذ Terletak di bahagian depan dan belakang peha, samping dalam dan luar.

  • Berfungsi untuk merawat masalah sakit ketika membuang air kecil, gangguan kitaran haid dan kekejangan ginjal.

Rukbah الركبة Terletak di bahagian kanan kiri atau atas lulut.

  • Berfungsi untuk sakit pinggang, sakit sendi lutut, jangkitan pundi kencing, senggugut dan gangguan kitaran haid.

Saaq  الساق – Terletak di tungkai bawah, antara betis dan pergelangan kaki.

  • Berfungsi untuk merawat penyakit gangguan penghadaman, masalah perut, gangguan kitaran haid, senggugut dan keputihan.

Iltiwa’  الإلتواء – Terletak di bahagian bawah buku lali.

  • Berfungsi untuk merawat masalah pernafasan, sukar tidur, sembelit, senggugut, penyakit ginjal, gangguan kencing, radang paru-paru, sakit belakang, lemah syahwat, kesuburan.

Zhohrul Qodam ظهرالقدم – Terletak di tengah-tengah bahagian atas kaki.

  • Berfungsi untuk merawat masalah muntah, sakit berkaitan dengan perut, sakit bahagian leher dan kabur penglihatan, menghilangkan keletihan di kaki, kebas-kebas.

Dari Anas r.a :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ عَلَى ظَهْرِ الْقَدَمِ مِنْ وَجَعٍ كَانَ بِهِ

bahawa Rasulullah berbekam dalam keadaan berihram pada bahagian permukaan kaki kerana suatu penyakit yang beliau derita. (Diriwayatkan oleh Abu Daud)

 

 

 

 

Undian Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Titik Bekam

  1. ikhmal hisham

    Mohon beramal tuan, saya bekam untuk ahli keluarga sahaja.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *