Teori Taibah Dalam Terapi Bekam Darah

By | November 24, 2017

Teori Taibah Dalam Terapi Bekam Darah

Menurut Teori Taibah, bekam darah ada hubungkait dengan mekanisma saintifik iaitu pembuangan kandungan bisul dan penapisan cecair pada ginjal (glomeruli) di mana pembuangan bahan² berbahaya dan CPS berlaku. CPS termasuklah kedua-dua punca penyakit- bahan² penyebab dan penyakit yang berkaitan dengan bahan² ketika perkembangan sesuatu penyakit.

Bekam darah adalah prosedur pembedahan dan pembuangan kecil, di mana tekanan negatif dikenakan ke atas permukaan kulit menggunakan cawan dan sebagainya untuk menarik kulit ke dalam cawan mengakibatkan tekanan setempat dalam kapilari² berkurangan (Boyle’s Law).

Teori Taibah Dalam Terapi Bekam Darah

Ini menyebabkan peningkatan pada pengumpulan cecair² tertapis daripada kapilari² dan cecair interstitial (ruang antara sel) dan pengumpulan mereka di bawah kulit yang disedut. Ini mensebatikan bahan-bahan kimia, mediator² inflamasi, bahan-bahan nosiseptif (perihal saraf), merendam hujung² saraf dan cecair yang terkumpul dan membuka pelekatan pada tisu² menyebabkan sensasi sakit berkurangan.

Sebaik cawan bertekanan negatif dilepaskan peningkatan dramatik dalam pengaliran darah kulit berlaku (reactive hyperemia).

Melukai permukaan kulit yang disedut membuka rintangan kulit untuk penyingkiran cecair-cecair CPS dan mengelak penyerapan semula mereka pada hujung kapilari venus. Cawan bertekanan negatif diletakkan semula pada kulit yang dilukai untuk mengadakan tekanan negatif dan kuasa tarikan pada kulit dan kapilari² menyebabkan pengeluaran cecair² interstitial yang mengandungi CPS dan tapisan cecair kapilari yang mengandungi CPS, darah daripada tusukan kulit dan peningkatan kesan analgesik (endogenous opioids).

Teori Taibah Dalam Terapi Bekam Darah

Terapi bekam meningkatkan imuniti semulajadi kulit (kesan penyembuhan kulit), pemusnahan sel² darah merah tua melalui tekanan negatif (160-400 mmhg) dan meningkatkan fungsi penyingkiran sembulajadi kulit.

Serpihan² sel darah yang musnah, molekul² dan partikel² yang lebih kecil daripada saiz pori² kapilari secara terpilih melalui pori² dinding kapilari di bawah kesan tekanan sedutan, manakala sel² darah sempurna yang lebih besar daripada pori² kapilari tidak berjaya melepasinya.

Pada kawasan cawan di mana kulit disedut, kapilari² yang ditraumakan (disedut) akhirnya berdarah (ditusuk). Kesan² terapeutik bekam darah tidak bergantung kepada jumlah darah yang berjaya dikumpul di dalam cawan tetapi bahan² punca penyakit yang dikeluarkan.

Teori Taibah Dalam Terapi Bekam Darah

Bekam darah mendapat faedah terapeutik daripada pengembangan pembuluh² darah, peningkatan antibodi, angiogenic (pembentukan pembuluh² darah baru) dan kesan² penyembuhan luka akibat daripada pembebasan Nitric Oxide (NO).

Bekam darah merangsang kepada penyingkiran cecair mengandungi CPS, manakala penyedutan tekanan negatif dan Nitric Oxide (NO) membantu melebarkan pembuluh darah kapilari². Ini memperbaiki aliran darah mikro, meningkatkan kebolehtembusan kapilari, meningkatkan aliran lebihan cecair, mengurangkan penyerapan di hujung kapilari venus, meningkatkan tapisan cecair di kedua² hujung arteri dan vena kapilari, menambah pengeluaran cecair (cecair bertapis & interstitial) mengakibatkan peningkatan darah, plasma dan ruang² interstitial bersih dalam badan.

Semua itu cenderung kepada pengurangan tekanan cecair interstitial, mengurangkan pengembalian aliran vena² kapilari, mengurangkan halangan pada pembuluh² darah periperal, menambah kelancaran aliran darah, mengatasi pengumpulan darah (blood stagnant), seterusnya memperbaiki sirkulasi kapilari² darah dan limfatik dan penyelesaian kepada pembengkakan tisu (berikutan pembuangan cecair CPS, bahan² bahaya, prostaglandin, mediator² inflamasi ).

Semua kesan ini boleh memperbaiki bekalan oksigen, perfusi tisu, metabolisme sel², mengekalkan dan memperbaiki struktur tisu², membentuk pembuluh² darah baru (angionesis), mengatasi otot tegang, mengimbangkan paras hormon sistem endokrina, memperbaiki aliran isyarat saraf dan mengembalikan homeostasis (keseimbangan dlm badan).

Teori Taibah keatas bekam darah ini diambil sempena nama Bandar Taibah di Madinah Al Munawarah. Bekam darah menurut teori ini adalah satu prosedur minor pembuangan dgn melukai permukaan kulit (selepas disedut) untuk membuka rintangan kulit dan mengadakan tekanan negatif (gradien) melalui penyedutan secara paksa pada permukaan kulit dan kapilari² di bawahnya bagi mengeluarkan cecair² interstitial, meningkatkan tahap kebersihan darah dan pembuangan bahan² bahaya (CPS) melalui kulit.

Sebagai rumusan, Teori Taibah menjelaskan bahawa bekam darah berfungsi melalui pengumpulan cecair di bawah kulit yang disedut (tekanan negatif) di mana mereka dikeluarkan melalui permukaan kulit yang dilukai mengakibatkan penurunan tekanan dan pembersihan dalam ruang interstitial.

Ini menyebabkan tekanan gradien dan penyedutan paksa pada dinding² kapilari darah dan limfa pada kawasan cawan untuk menyedut cecair ke ruang interstitial, kemudian keluar melalui luka. Ini menggalakkan kelancaran aliran darah dan limfa di dalam kawasan cawan dan membersihkan darah dalam masa yang singkat ketika tekanan negatif dikenakan kepada kawasan kulit berkenaan. Ini akhirnya boleh mengembalikan homeostasis (keseimbangan dalam badan).

Bacaan selanjutnya di.. https://drive.google.com/file/d/0B8O0iTGENqntdUg0MjFIdGpFalE/view

Sharing is Caring
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *