Teori Keseimbangan

By | April 28, 2018

teori keseimbangan

 

Sudah ribuan tahun teori keseimbangan (homeostasis) digunakan dalam ilmu perubatan. Teorinya mudah saja, untuk kekal sihat tubuh badan hendaklah dalam keadaan seimbang. Sebarang kelebihan atau kekurangan boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang. Sebagai contoh, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan hipertensi, tekanan darah rendah hipotensi, paras gula tinggi dalam darah hiperglisemia, paras gula rendah dalam darah hipoglisemia, asid urik tinggi dalam darah gout dan sebagainya.

Sebenarnya secara alami tubuh badan kita mempunyai keupayaan sendiri unttk mengembalikan keseimbangan di dalam badan. Bagaimanapun apabila ketidakseimbangan itu terlalu banyak, keupayaan tubuh akan terjejas dan kegagalan fungsi tubuh boleh berlaku. Di sinilah bekam boleh mengambil peranan membantu proses keseimbangan secara alami. Apabila ada kelebihan di mana², bekam berupaya mengurangkan kelebihan itu, begitulah sebaliknya.

Menurut TCM, bahagian tubuh badan yang berperanan dalam memelihara keseimbangan adalah garis meridian. dalam bahasa Arab ia dipanggil habl. Dalam perubatan moden ia seakan² merujuk kepada sistem muskuloskeletal bersama dengan rangkaian saraf, limfa dan pembuluh darahnya. Sebenarnya garis meridian merupakan imaginasi tubuh manusia sahaja, bukan berdasarkan anatomi sebenar.

Garis meridian digambarkan sebagai saluran membujur dan melintang pada seluruh badan di mana ia menghubungkan permukaan tubuh (kulit) dengan organ, organ dengan organ, organ dengan saraf tunjang, saraf tunjang dengan yang lain, tubuh sebelah kanan dengan kiri, tubuh atas dengan bawah, tubuh luar dengan dalam dan organ tubuh dengan anggota yang bergerak.

Melalui perhubungn inilah terhasilnya suatu kesatuan yang akan bertindak bersama apabila mendapat rangsangan dari dalam mahupun luar. Melalui garis meridian dan titik²nya ini jugalah tenaga vital bercampur dengan darah mengalir lancar untuk memastikan keseimbangan tubuh badan berterusan.

Pada tubuh manusia terdapat bahagian yang sangat sensitif dan memiliki banyak impuls bioelektrik yang biasa disebut sebagai trigger points, titik ah shi, tender point, potent point dll. Berdasarkan kajian, titik² ini mengandungi banyak jaringan saraf, motor-neuron, kapilari², mitokondria, mioglobin, venula halus dan mast cells. Oleh sebab itulah titik² ini amat sensitif terhadap rangsangan yang terhasil oleh bekam.

Selain rangsangan melalui jaringan saraf kepada organ² berkenaan, tusukan jarum bekam juga mengakibatkan kerosakan mast cells pada kulit, fascia dan otot. Kerosakan ini pula akan merangsang pelepasan beberapa zat² (serotonin, histamin, bradikinin, nitric oxide dll) & hormon² tertentu (CRF, ACTH, corticosteroid, endorphin dll). Pelepasan zat² ini menyebabkan berlakunya dilatasi pembuluh² darah & ini dapat dilihat pada kawasan kulit yang dibekam menjadi kemerahan (flare reaction). Sebenarnya dilatasi pembuluh² darah juga berlaku jauh daripada tempat pembekaman (sehingga 10cm) & ini menyumbang kepada pembaikan ketara sirkulasi pembuluh² darah.

Berbalik kepada teori keseimbangan, selain pelepasan beberapa zat dan hormon, darah yang keluar selepas tusukan jarum dikenakan kepada kulit juga mengandungi sel² darah mati atau cacat, agen² punca penyakit seperti lebihan asid urik, urea, kreatinin, kolesterol, lemak, gula, garam dll. Ini boleh membantu mengurangkan kelebihan sesuatu parameter di dlm darah seperti mana yang telah dibuktikan oleh para penyelidik daripada luar negara mahupun daripada dalam negara kita sendiri iaitu Prof Dr Abd Aziz, UKM KUBANG KERIAN (2011-2014).

Selain mengurangkan sebarang lebihan parameter di dalam darah, bekam juga melalui proses pembiaran (5-7 minit) dalam tekanan negatif mengaktifkan hipoxia inducible factor & melepaskan hormon EPO untuk merangsang penghasilan sel² darah merah baru. Selain itu keadaan hipoksia pada tekanan negatif juga merangsang hujung saraf² sensori menyebabkan timbulnya kesan kebas, mengurangkan kesakitan termasuk ketika tusukan jarum dikenakan.

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *