Sistem Tubuh Manusia

By | Ogos 10, 2020
sistem tubuh manusia

SISTEM PEREDARAN 

Sistem peredaran, juga dipanggil sistem kardiovaskular, ialah satu sistem organ yang membenarkan darah untuk beredar dan mengangkut nutrien, oksigen, karbon dioksida, hormon, dan sel-sel darah kepada dan daripada sel di dalam badan untuk menyuburkannya dan membantu untuk melawan penyakit, menstabilkan suhu badan dan pH, dan untuk mengekalkan homeostasis.

Sistem sirkulatori/kardiovaskular merangkumi empat organ utama iaitu;

Jantung. Fungsinya ialah;

  • Mengepam darah ke peparu untuk membuang  udara yang tidak elok dan menerima udara baru yang elok.
  • Mengepam ke seluruh tubuh untuk memberikan keperluan udara baru (oksigen) dan membuang udara lama yang sudah digunakan (karbon dioksida).
  • Mengawal tekanan darah.

Arteri. Fungsinya ialah;

  • Membawa darah yang mengandungi oksigen kepada organ-organ.
  • Membawa juga bahan-bahan lain seperti nutrien, sisa nutrien, sel imuniti dan hormon.
  • Mengawal tekanan darah melalui proses pengembangan dan pengecutan.

Vena. Fungsinya ialah;

  • Membawa darah yang mengandungi karbon dioksida dan wap air.
  • Membawa juga bahan-bahan lain seperti nutrien, sisa nutrien, sel imunit dan hormon.
  • Menjadi tempat penyimpanan sementara bagi darah.

Kapilari. Fungsinya ialah;

  • Penghubung antara arteri dan vena.
  • Tempat berlaku pemberian keperluan organ seperti nutrien dan oksigen.
  • Tempat berlakunya penerimaan sisa organ seperti karbon dioksida dan sisa nutrien.

Bekerja rapat dengan sistem saraf pusat, pernafasan dan sistem perkumuhan. Ia adalah sihat jika:
1. Jantung yang kuat mengepam darah ke seluruh badan.
2. Saluran darah mudah lentur, anjal dan tidak tersumbat.
3. Darah tidak melekit atau pekat.

Komplikasi kesihatan sistem peredaran yang lemah:
1. Boleh menjejaskan organ lain seperti hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem pembiakan.
2. Menyebabkan penyakit Kardio-Serebrovaskular (CVD) seperti:

  • Penyakit jantung koronari.
  • Strok.
  • Hipertensi.
  • Aterosklerosis- penyakit pada arteri.
  • Serangan jantung.
  • Anemia (Kurang Darah Merah).
  • Leukimia.
  • Tekanan Darah Rendah.
sistem kardiovaskular

SISTEM KEIMUNAN / KEKEBALAN TUBUH

Sistem imun ialah satu sistem struktur dan proses biologi dalam sesuatu organisma yang melindungkan organisma melawan penyakit. Untuk berfungsi dengan betul, sistem imun mesti mengesan pelbagai agen, dikenali sebagai patogen, daripada virus hingga cacing parasit, dan membezakannya daripada tisu sihat milik organisma itu sendiri.

Jika sistem kekebalan bekerja dengan sepatutnya, sistem ini akan melindungi tubuh terhadap infeksi bakteria dan virus, serta menghancurkan sel cancer dan zat asing lain dalam tubuh. Jika sistem kekebalan melemah, kemampuannya melindungi tubuh juga berkurang, sehingga menyebabkan patogen, termasuk virus yang menyebabkan demam dan flu, dapat berkembang dalam tubuh. Sistem kekebalan juga memberikan pengawasan terhadap sel tumor, dan lemahnya sistem ini juga telah dilaporkan meningkatkan risiko terkena beberapa jenis cancer.

Sistem limfatik adalah suatu sistem sirkulasi sekunder yang berfungsi mengalirkan limfa atau getah bening di dalam tubuh. Limfa (bukan limpa) berasal dari plasma darah yang keluar dari sistem kardiovaskular ke dalam jaringan sekitarnya. Cairan ini kemudian dikumpulkan oleh sistem limfa melalui proses difusi ke dalam kelenjar limfa dan dikembalikan ke dalam sistem sirkulasi.

Sistem Limfatik merangkumi lima organ utama iaitu;

Salur Limfatik. Fungsinya ialah;

  • Mengembalikan lebihan nutrien, cecair tubuh dan sisa nutrien ke dalam salur darah.
  • Membawa bakteria atau patogen lain untuk dimusnahkan oleh kelenjar limfatik.

Kelenjar Limfatik. Fungsinya ialah;

  • Memproses patogen untuk dimusnahkan.
  • Menjadi tempat tinggal bagi sel-sel imuniti khususnya sel limfosit.

Limpa. Fungsinya ialah;

  • Memproses patogen untuk dimusnahkan.
  • Menjadi tempat simpanan dan bekalan darah.
  • Memproses sel darah merah yang sudah lama dan tidak boleh digunakan lagi.

Kelenjar Timus. Fungsinya ialah;

  • Menjadi tempat pematangan dan simpanan sel limfosit T khususnya ketika umur kanak-kanak.

Tisu Limfatik.  Fungsinya ialah;

  • Tisu limfatik ialah tisu yang terdiri daripada sel-sel imuniti dan ia berada pada organ-organ tertentu, contoh tisu limfatik yang penting ialah tonsil pada mulut dan tompok Peyer pada usus kecil bahagian ileum. Ia berfungsi seperti organ-organ limfatik yang lain iaitu memproses patogen untuk dimusnahkan.

Akibat sistem imun yang tidak seimbang:

1. Sistem imun terlampau aktif

  • Penyakit autoimun (contohnya Lupus)
  • Alahan

2. Keimunan tersekat/ rendah

  • Mudah jatuh sakit
  • Lambat pulih daripada penyakit
sistem limfatik

SISTEM PENCERNAAN

Pencernaan atau penghadaman ialah pemecahan makanan secara mekanik dan kimia kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan mudah diserap ke dalam salur darah, sebagai contoh. Pencernaan ialah satu bentuk katabolisme, iaitu pemecahan molekul makanan yang besar kepada yang lebih kecil. Pencernaan bermula apabila makanan memasuki mulut dan tamat di penghujung usus.

Sistem penghadaman melibatkan sepuluh organ utama iaitu;

Mulut. Fungsinya ialah;

  • Menerima makanan dan minuman.
  • Menghancurkan makanan melalui kunyahan.
  • Menghadam karbohidrat jenis kanji dengan enzim pada air liur.
  • Lidah digunakan untuk merasa makanan dan mengadunnya.

Farinks. Fungsinya ialah;

  • Membawa makanan dan minuman daripada mulut ke esofagus.
  • Menghalang makanan daripada memasuki larinks iaitu salur pernafasan.

Esofagus. Fungsinya ialah;

  • Membawa makanan dan minuman daripada farinks ke gaster melalui proses peristalsis iaitu pengecutan dan pengembangan.

Gaster. (Perut). Fungsinya ialah;

  • Menghadam makanan jenis protein seperti daging, ikan dan telur dengan bantuan enzim pada jus gaster.
  • Jus gaster bersifat asid, jadi ia juga berfungsi sebagai pemusnah bagi sesetengah patogen seperti bakteria.
  • Membawa makanan kepada usus kecil.

Usus Kecil. Usus kecil terbahagi kepada tiga bahagian iaitu duodenum, jejunum dan ileum. Fungsinya ialah;

  • Menghadam dan menyerap nutrien jenis karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik dengan bantuan enzim usus kecil, hempedu dan jus pankreas.
  • Kebanyakan vitamin diserap oleh usus kecil.
  • Membawa baki makanan ke usus besar.

Usus Besar. Usus besar terbahagi kepada lima bahagian iaitu sekum, apendiks, kolon, rektum dan salur anus, Kolon pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu kolon menaik, kolon menurun, kolon mendatar dan kolon sigmoid. Fungsi usus besar ialah;

  • Menyerap air dan mineral.
  • Menjadi tempat tinggal bagi organisma flora yang membantu proses penghadaman.
  • Rektum menjadi tempat simpanan sementara bagi sisa-sisa penghadaman sebelum ia dikeluarkan melalui salur anus sebagai najis.

Anus. Fungsinya ialah;

  • Menjadi tempat keluar tinja daripada salur anus.
  • Mempunyai otot sfinkter jenis skeletal yang membolehkan seseorang itu mengawal pengeluaran tinja secara sedar.

Pankreas. Fungsinya  pankeas dari sudut penghadaman ialah;

  • Menghasilkan jus  pankreas yang bersifat alkali dan mengadungi enzim untuk penghadaman karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik.
  • Merembeskan jus pankreas ke dalam usus kecil untuk membantu penghadaman.

Pundi Hempedu. Fungsi ialah;

  • Menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati, antara bahan dalam hempedu ialah bilirubin iaitu sisa penghancuran sel darah merah oleh limpa, ia terlibat dalam penyakit kuning.
  • Merembeskan hempedu ke dalam usus kecil untuk membantu penghadaman lipid, warna hempedu yang kuning keemasan menyebabkan tinja mempunyai warna yang sama walaupun makanan yang diambil pada awalnya mempunyai pelbagai warna yang berbeza.

Hati. Fungsinya ialah;

  • Menerima nutrien, menyimpannya dan membekalkannya kepada organ-organ apabila diperlukan.
  • Memproses bahan xenobiotik seperti racun dan ubat.
  • Membantu sistem imuniti dengan menghasilkan beberapa jenis protein yang terlibat dalam sistem imuniti secara langsung.

Akibat sistem pencernaan yang lemah:
1. Pedih hulu hati.
2. Kembung.
3. Ketidakhadaman.
4. Sindrom Rengsa Usus.

Sistem pencernaan yang lemah boleh diburukkan oleh masalah-masalah berikut:
1. Sistem saraf yang tidak sihat.
2. Stres.
3. Kerisauan.
4. Diet tidak sihat.
5. Kualiti makanan.

Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Sistem Pencernaan:
1. Gingivitis (Radang Gusi).
2. Disfagia (Kesukaran Menelan).
3. Kanser Perut. 
4.Batu Hempedu.
5. Sembelit,
6. Diabetis.
7. Cirit-birit.
8. Hepatitis.
9. Gastrik.
10. Ulser.
11. Muntah Darah.

sistem penghadaman

SISTEM ENDOKRIN

Sistem endokrin merupakan himpunan kelenjar yang merembes bahan kimia perutusan yang dikenali sebagai hormon. Hormon ini bergerak melalui saluran darah kepada organ sasaran dan menghasilkan pertukaran kimia dalam badan.

Sistem endokrin melibatkan lapan organ utama iaitu;

Kelenjar Pineal. Fungsinya ialah;

  • Mengawal tidur dan jaga seseorang berdasarkan pengaruh cahaya.
  • Mengawal “jam biologi” manusia.
  • Mengeluarkan bahan yang mempunyai kesan antioksida.

Kelenjar Pituitari. Fungsinya ialah;

  • Kelenjar pituitari bahagian lobus mengeluarkan hormon tumbesaran, hormon tumbesaran payudara, hormon melanosit dan hormon-hormon untuk mengawal kelenjar tiroid, adrenal dan gonad.
  • Kelenjar pituitari bahagian lobus belakang mengeluarkan hormon untuk pengeluaran susu, pengecutan rahim dan juga hormon untuk menahan pembuangan air.

Kelenjar Tiroid. Funginya ialah;

  • Mengeluarkan hormon yang meningkatkan kadar proses taqwiyah iaitu kadar penghasilan tenaga atau haba.
  • Mengeluarkan hormon yang meningkatkan kadar pembinaan protein.
  • Mengeluarkan hormon yang menyimpan kalsium di dalam tulang sekaligus mengurangkan kadar kalsium di dalam darah.

Kelenjar Paratiroid. Fungsinya ialah;

  • Mengeluarkan hormon yang meningkatkan pembebasan kalsium daripada tulang sekaligus meningkatkan kadar kalsium di dalam darah.
  • Mengeluarkan hormon yang meningkatkan pembebasan fosfat daripada tulang sekaligus meningkatkan kadar fosfat di dalam darah.

Kelenjar Timus. Fungsi kelenjar timus dari sudut endokrin ialah;

  • Menghasilkan hormon yang meningkatkan aktiviti sel T limfosit dan sistem imuniti secara umum.

Pankreas. Fungsi pankreas dari sudut endokrin ialah:

  • Menghasilkan hormon insulin yang mengurangkan kadar glukosa dalam darah untuk disimpan iaitu apabila kadar glukosa di dalam darah melebihi keperluan.
  • Menghasilkan hormon glukagon yang meningkat kadar glukosa di dalam darah daripada simpanan iaitu apabila kadar glukosa di dalam darah tidak mencukupi.
  • Menghasilkan hormon somatostatin yang menghalang rembesan hormon insulin dan glukagon.

Kelenjar Adrenal/Suprarenal. Fungsinya ialah;

  • Mengeluarkan hormon yang mengawal kadar mineral dalam tubuh.
  • Mengeluarkan hormon yang mengawal nutrien khususnya glukosa (glukokortikoid). Kortisol merupakan salah satu hormon glukokortikoid yang terlibat dengan kecerdaan tekanan emosi, ia menyebabkan pelbagai kesan negatif seperti melemahkan sistem imuniti, meningkatkan kadar gula dalam salur darah, melemahkan tulang, melemahkan ingatan, meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan kehilangan kolegen iaitu sejenis protein yang sangat penting untuk pertembuhan tisu baru, sekaligus menghalang proses penyembuhan.
  • Mengeluarkan hormon androgen yang sangat penting bagi pertumbuhan lelaki dan perempuan dari sudut seksual.

Gonad. Fungsi gonad sama ada testis atau ovari dari sudut endokrin ialah;

  • Mengeluarkan hormon yang berkaitan dengan pertumbuhan seksual dan penghasilan janin seperti proses pematangan benih dan proses haid.

Fungsi asasnya adalah:
1. Metabolisme.
2. Pertumbuhan.
3. Homeostasis (keadaan keseimbangan dalaman).
4. Untuk menyokong sistem organ yang lain.

Akibat sistem endokrin yang tidak sihat:
1. Tekanan darah tinggi (atau hipertensi).
2. Paras kolestrol tinggi.
3. Penyakit kencing manis.

sistem endokrin

SISTEM PEMBIAKAN

Sistem reproduksi melibatkan organ-organ seksual bagi lelaki dan perempuan.

(WANITA)

Ovari. Fungsinya ialah;

  • Menghasilkan sel benih iaitu ovum.
  • Menghasilkan hormon seksual bagi perempuan.

Tiub Fallopio. Fungsinya ialah;

  • Menerima ovum daripada ovari untuk dipersenyawakan dengan sperma jika sperma wujud ketika itu.
  • Terdapat struktur pada tiub fallopio yang bertindak seperti sfinkter dan menghalang ovum kembali kepada ovari.

Uterus / Rahim. Rahim mempunyai tiga bahagian iaitu fundus, badan dan serviks. Fungsinya ialah;

  • Menjadikan tempat bergantungnya embrio dan tempat letak janin ketika mengandung.
  • Jika tiada persenyawaan berlaku, maka dinding uterus bahagian dalam akan terhakis dan dikeluarkam sebagai darah haid.
  • Janin mendapat bekalan nutrien, imuniti dan oksigen daripada plasenta dan salur darah ‘tali pusat’ yang bersambung dengan dinding rahim. Plasenta dan salur darah ini juga menjadi laluan pembuangan sisa nutrien dan karbon dioksida daripada janin.

Vagina. Fungsinya ialah;

  • Menerima penis ketika persetubuhan sekaligus menerima air mani yang dikeluarkan daripada penis.
  • Menjadi laluan keluar bagi bayi dan juga darah haid.

Kelenjar Bartholin. Fungsinya ialah;

  • Menghasilkan cecair melekit yang dinamakan sebagai air mazi, ia dikeluarkan ketika syahwat sedang meningkat.
  • Sifat melekit pada air mazi membantu proses persetubuhan.

Labiar / Bibir Faraj. labia terbahagi kepada dua iaitu labia majora dan labia minora. Fungsinya ialah;

  • Melindungi organ seksual yang lain di bahagian dalam.
  • Sangat sensitif dan menjadi organ rangsangan seksual.

Klitoris / Kelentit. Fungsinya ialah;

  • Ia boleh menjadi keras dan besar apabila terangsang.
  • Sangat sensitif dan menjadi organ rangsangan seksual.

Payudara / Buah Dada. Payudara pada asalnya termasuk dalam organ integumentari kerana pertumbuhannya sama seperti organ-organ integumentari yang lain, tetapi disebabkan fungsinya yang terlalu berkait rapat dengan peranakan maka ia dikategorikan sebagai organ reproduksi. Fungsinya ialah;

  • Ia membesar dan menghasilkan susu ketika mengandung untuk minuman bayi yang akan dilahirkan.
  • Sangat sensitif dan menjadi organ rangsangan seksual.

Terdiri daripada kelenjar mamari, tiub fallopio, ovari, vagina dan uterus. Ia berkait rapat denga sistem endokrin yang mencetuskan haid dan menopous.

Ia adalah sihat apabila:
1. Tiada masalah PMS.
2. Rembesan hormon dan peredaran yang sihat dan seimbang.
3. Tiada jangkitan kandidiasis.

Fungsi asasnya adalah:
1. Untuk menghasilkan ovum (telur).
2. Untuk mengadakan hubungan seksual.
3. Untuk menyuburkan ovum yang tersenyawa sehingga ia matang.
4. Untuk melahirkan anak.

Akibat sistem pembiakan wanita yang tidak sihat:
1. Kemandulan.
2. Sindrom prahaid (PMS).
3. Masalah berkaitan dengan kehamilan.
4. Kandidiasis (jangkitan yis).

sistem pembiakan wanita

 (LELAKI)

Testis. Fungsinya ialah;

  • Menghasilkan sel benih iaitu sperma.
  • Menghasilkan hormon seksual bagi lelaki.

Skrotum. Fungsinya ialah;

  • Membaluti dan melindungi testis.
  • Mengawal suhu optimun bagi testis melalui pengecutan dan pengembangan.

Vas Deferens. Fungsinya ialah;

  • Membawa sperma daripada testis ke uretra.
  • Otot licin pada vas deferens mengecut ketika ejakulasi untuk menolak sperma ke uretra.

Kelenjar Prostat. Fungsinya ialah;

  • Menghasilkan cecair tertentu yang terlibat dalam penghasilan air mani.
  • Membantu pengeluaran air mani melalui pengecutan otot licin padanya.
  • Terlibat dalam pengawalan aliran urin daripada pundi kencing.

Vesikel Seminal. Fungsinya ialah;

  • Menghasilkan cecair tertentu yang terlibat dalam penghasilan air mani.
  • Cecair yang dihasilkan bersifat alkali, ia menyelamatkan sperma apabila berada dalam vagina yang bersifat asid.
  • Cecair yang dihasilkan juga mengandungi nutrien untuk sperma supaya cukup tenaga untuk bergerak dalam rahim perempuan dan akhirnya bersenyawa dengan ovum.

Kelenjar Bulbouretral. Fungsinya ialah;

  • Menghasilkan cecair melekit yang disebut sebagai air mazi, ia dikeluarkan ketika syahwat sedang meningkat.
  • Sifat melekit pada air mazi membantu proses persetubuhan.

Penis / Zakar. Fungsinya ialah;

  • Pemenuhan darah di dalam penis menyebabkan penis berkembang dan keras, sekaligus membantu proses persetubuhan.
  • Bahagian hujung penis sangat sensitif dan memberi rangsangan seksual.
  • Salur uretra yang berada di dalam penis menjadi laluan bagi air mani ketika berlaku proses ejakulasi, keadaan ini dinamakan orgasma iaitu kemuncak syahwat.

Terdiri daripada vesikel, kelenjar prostat, uretra, zakar, testis. Ia berkait rapat dengan sistem endokrin yang menghasilkan sperma dan hormon seks. Tidak berfungsi sepenuhnya sehingga akil baligh.

Fungsi asasnya adalah:
1. Untuk menghasilkan sperma.
2. Untuk memindahkannya kepada wanita.

Akibat sistem pembiakan lelaki yang lemah:
1. Mati pucuk atau erektil disfungsi (ED) ketidakupayaan yang berterusan untuk mengekalkan ereksi.
2. Prostatik hipertrofi benigna (BPH).

sistem pembiakan lelaki

SISTEM OTOT 

Sistem otot dikenali jiga sebagai sistem muskular. Ia melibatkan semua otot yang membaluti tulang dan juga lidah. Otot-otot yang membaluti tulang dikenali sebagai otot skeletal. Terdapat juga beberapa otot skeletal yang lain seperti otot sfinkter pada salur anus dan pundi kencing.

Fungsi otot skeletal ialah;

  • Membolehkan manusia bergerak dan bercakap berdasarkan kehendaknya.
  • Membuatkan manusia mempunyai ekspresi muka tertentu berdasarkan keadaan emosinya.
  • Memelihara postur tubuh.
  • Menghasilkan haba melalui proses gigilan otot.
  • Mengelakkan perkara-perkara yang bahaya melalui tindak balas refleks.

Terdapat satu struktur yang memegang antara otot dan tulang, ia dinamakan tendon.

Akibat sistem otot dan rangka yang lemah:
1. Osteoporosis.
2. Osteoartritis (OA).
3. Reumatiod artritis (RA).
4. Kekakuan bahu.
5. Sakit belakang & bahagian bawah belakang.

sistem otot

SISTEM RANGKA

Sistem rangka adalah suatu sistem organ yang memberikan dukungan fizikal pada makhluk hidup. Sistem rangka umumnya dibahagikan kepada tiga jenis: eksternal, internal, dan asas cairan (rangka hidrostatik), walaupun sistem rangka hidrostatik boleh pula dibahagikan secara terpisah dari dua jenis lainnya kerana tidak adanya struktur penunjang.

Rangka manusia dibentuk dari tulang tunggal atau gabungan (seperti tengkorak) yang ditunjang oleh struktur lain seperti ligamen, tendon, otot, dan organ lainnya. Rata-rata manusia dewasa memiliki 206 tulang, walaupun jumlah ini dapat bervariasi antara individu.

Sistem rangka dikenali juga sebagai sistem skeletal. Sistem ini melibatkan tiga jenis organ iaitu;

Tulang. Fungsinya ialah;

  • Memberi bentuk tubuh manusia secara umum.
  • Melindungi organ-organ lain yang lebih lebih lembut khususnya organ dalaman.
  • Sum-sum tulang menghasilkan pelbagai sel darah dan sel tisu penghubung.
  • Menjadi tempat otot skeletal bercamtum untuk tujuan pergerakan.
  • Menjadi tempat simpanan mineral seperti kalsium.

Rawan. Fungsinya ialah;

  • Mengelakkan geseran sesama tulang yang berada di dalam sendi.
  • Mencantumkan beberapa jenis tulang seperti tulang rusuk dan tulang pinggul.
  • Dalam usia tumbesaran, sebahagian rawan bertukar menjadi tulang.
  • Sebahagian rawan bersifat elastik dan ia penting untuk beberapa struktur seperti telinga dan hidung.

Sendi. Fungsinya ialah;

  • Mencantumkan sesama tulang.
  • Membolehkan pergerakan otot dan tulang.
  • Mengehadkan gerakan otot dan tulang.
  • Cecair di dalam sendi mengurangkan geseran sesama hujung tulang.

Terdapat satu struktur yang memegang sesama penghujung tulang, ia dinamakan ligamen.

Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem otot, tulang dan sendi;
1. Radang sendi (jangkitan bakteria).
2. Gout, Uric Acid.
3. Sakit tulang belakang, Scoliosis, slip disc.
4. Barah tulang.
5. Riket (penyakit kekurangan kalsium).
6. Miastenia Gravis (lemah otot yang berlebihan).

sistem rangka

SISTEM PERNAFASAN

Sistem pernafasan adalah sistem biologi semua organisma yang membabitkan pertukaran gas. Malah tumbuhan juga mempunyai sistem pernafasan, mengambil gas karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen ketika siang.

Terdiri daripada kaviti nasal, farinks (tekak), trakea dan paru-paru. Ia bertindak selari dengan sistem peredaran untuk menghantar oksigen dan gas dari tisu dan ke tisu tubuh. Organ-organ yang terlibat dengan sistem pernafasan.

Sistem Respiratori merangkumi enam organ utama iaitu;

Hidung. Fungsinya ialah;

  • Menerima udara khususnya oksigen.
  • Membuang udara khususnya karbon dioksida serta wap air.
  • Menghalang habuk dan benda asing daripada memasuki tubuh dengan bulu hidung.
  • Menghidu bau melalui saraf olfaktori.

Farinks. Fungsinya ialah;

  • Menghubung antara hidung dan larinks.
  • Membantu penghasilan suara.
  • Terlibat dalam penyeimbangan tekanan udara pada telinga tengah.

Larinks. Fungsinya ialah;

  • Penghubung antara farinks dan trakea.
  • Tempat penghasilan suara.
  • Ia mempunyai ‘pintu’ (epiglotis) di permulaannya, ia terbuka ketika bernafas untuk membenarkan aliran udara, ia tertutup ketika makan atau minum untuk menghalang makanan atau minuman daripada memasuki salur pernafasan.

Trakea. Fungsinya ialah;

  • Penghubung antara larinks dan bronkus.
  • Menghasilkan cecair mukus yang boleh menangkap bahan-bahan asing daripada luar, lalu dikeluarkan sama ada dengan memasuki salur penghadaman atau terus kelur melalui mulut sebagau kahak. Mukus itu juga melembabkan udara yang disedut.
  • Ia boleh mengembang dan mengecut, jadi ia mengawal kadar keluar masuk udara.

Bronkus. Fungsinya ialah;

  • Penghubung antara trakea dan peparu.
  • Membenarkan udara masuk atau keluar daripada peparu sama ada peparu kiri atau kanan.

Peparu. Fungsinya ialah;

  • Menerima udara yang elok daripada luar kemudian memasuki salur darah.
  • Mengeluarkan udara yang tidak elok dan wap air daripada salur darah kemudian dibuang ke luar.

Fungsi asasnya adalah: Untuk membekalkan darah beroksigen melalui paru-paru.

Akibat sistem pernafasan yang tidak sihat:
1. Asma.
2. Gangguan pulmonari obstruktif yang kronik (COPD).
3. Bronkitis.
4. Pneumonia (Paru-paru berair).
5. Tuberkulosis (TB) atau batuk kering.
6. Kanser paru-paru.
7. Kekurangan oksigen.

sistem pernafasan

SISTEM SARAF 

Sistem saraf ialah sistem yang mengkoordinasi tindakan terkawal dan tidak terkawal dan menghantar isyarat di antara bahagian badannya yang berbeza. Terdiri daripada dua bahagian utama, sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi terutamanya terdiri daripada saraf, yang merupakan berkas serabut panjang atau akson, yang menyambungkan sistem saraf pusat dengan setiap bahagian lain badan.

Terdiri daripada otak, saraf tunjang dan saraf-saraf yang mengawal seluruh pergerakan badan.

Sistem saraf melibatkan tiga organ utama iaitu:

Otak. Otak mempunyai empat bahagian utama iaitu serebrum disebut juga sebagai otak besar, serebelum disebut juga sebagai otak kecil, hipotalamus dan batang otak. Fungsinya ialah:

  • Menerima maklumat secara saraf dan endokrin.
  • Memproses maklumat.
  • Menyimpan maklumat.
  • Mengeluarkan arahan secara saraf atau endokrin.
  • Mengawal organ-organ lain.
  • Mengawal keseimbangan tubuh.

Saraf Tunjang. Fungsinya ialah;

  • Medium tengah antara otak dan saraf periferi.
  • Mengawal tindak balas refleks iaitu arahan spontan yang bukan datang daripada otak.

Saraf Periferi. Fungsinya ialah;

  • Menjadi penghubung antara organ dengan saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang.
  • Menerima maklumat daripada organ dan menyampaikan arahan kepada organ.

Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mempermudahkan komunikasi dalaman tubuh.
2. untuk bertindakbalas terhadap perubahan yang berlaku di luar dan di dalam tubuh.
3. untuk berinteraksi secara rapat dengan sistem endokrin bagi mempengaruhi sistem lain dan fungsi tubuh.

Masalah kesihatan berkaitan sistem saraf:
1. Kemerosotan ingatan berperingkat.
2. Kecacatan kognisi (disfungsi proses mental).
3. Penyakit Alzheimer.
4. Hemiplegia (lumpuh sebelah badan).
5. Paraplegia (lumpuh bawah badan).
6. Epilepsi (serangan sawan).
7. Parkinson, Cereberal Palsy,Stroke,Koma
8. Sinkope (pengsan dan pitam).
9. Ensefalitis (strok akibat jangkitan virus).

otak
sistem saraf

SISTEM KULIT

Sistem integumen adalah sistem organ yang membezakan, memisahkan, melindungi, dan menginformasikan haiwan terhadap lingkungan sekitarnya. Sistem ini seringkali merupakan bahagian sistem organ yang terbesar yang meliputi kulit, rambut, bulu, sisik, kuku, kelenjar peluh dan produknya (peluh atau lendir). Kata ini berasal dari bahasa Latin “integumentum“, yang bererti “penutup”.

Sistem integumentari ialah sistem yang membalut semua organ lain. Sistem ini melibatkan tiga organ utama iaitu;

Kulit. Fungsinya ialah;

  • Mengawal pembebasan suhu sama ada melalui penyejatan atau salur darah.
  • Menghasilkan vitamin D iaitu apabila kulit bertindak balas dengan sinaran UV.
  • Merupakan salah satu sumber deria yang penting iaitu deria sentuhan, suhu dan sakit.
  • Menjadi salah satu halangan yang paling utama daripada serangan patogen.
  • Menjadi salah satu organ yang terlibat dalam pembuangan racun melalui kelenjar peluh.
  • Mengeluarkan minyak melalui kelenjar minyak.
  • Memberi nilai kosmetik pada seseorang individu.

Rambut. Fungsinya ialah;

  • Mengawal suhu tubuh.
  • Salah satu sumber deria.
  • Rambut pada mata iaitu bulu mata melindungi mata daripada habuk.
  • Rambut pada hidung iaitu bulu hidung melindungi hidung daripada habuk.
  • Memberi nilai kosmetik pada seseorang individu.

Kuku. Fungsi ialah;

  • Menguatkan jari untuk memengang sesuatu.
  • Menjadikan hujung jari lebih sensitif.
  • Untuk kegunaan-kegunaan lain seperti menggaru.
  • Memberi nilai kosmetik pada seseorang individu.

Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kulit:
1. Jerawat.
2. Kudis buta.
3. Kurap (jangkitan fungus).
4. Panau.
5. Athelete’s foot (kaki makan air).
6. Alergi dan gatal kulit.
7. Ekzema (alergi).
8. Ruam panas.
9. Psoriasis.
10. Sopak.
11. Kayap (jangkitan virus).
12. Campak.

sistem kulit

SISTEM URINARI / PERKUMUHAN

Sistem urinari adalah sistem organ yang memproduksi, menyimpan, dan mengalirkan urin/air kencing. Pada manusia, sistem ini terdiri dari dua ginjal/buah pinggang, dua salur ureter, kandung kemih/pundi kencing, dua otot sphincter, dan uretra.

Sistem urinari melibatkan empat organ utama iaitu;

Ginjal / Buah Pinggang. Fungsinya ialah;

  • Mengawal jumlah air dan mineral di dalam tubuh.
  • Membuang sisa nutrien seperti urea dan kreatinin.
  • Membuang xenobiotik seperti ubat.
  • Membuang nutrien yang berlebihan dalam salur darah seperti glukosa.

Ureter. Fungsinya ialah;

  • Membawa hasil buangan ginjal yang disebut sebagai urin kepada pundi kencing.
  • Otot licin pada ureter memastikan urin sentiasa ditolak ke bawah dan tidak kembali naik ke ginjal.

Pundi Kencing. Fungsinya ialah;

  • Menjadi tempat simpanan sementara bagi urin sebelum ia dibuang apabila penuh.
  • Ketika membuang urin, otot licin pada pundi kencing akan mengecut untuk mengosongkan pundi kencing.
  • Pada saluran antara pundi kencing dan uretra terdapat otot skeletal, ia membolehkan seseorang itu menahan kencing secara sedar.

Uretra. Fungsinya ialah;

  • Membawa urin daripada pundi kencing ke luar tubuh.
  • Untuk lelaki, sebahagian uretra iaitu uretra bahagian penis turut terlibat dalam proses reproduksi iaitu sebagai laluan keluar bagi air mani.

Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Sistem Perkumuhan:
1. Sembelit.
2. Sakit Buah Pinggang.
3. Batu Karang.
4. Kencing Berdarah.
5. Buasir.
6. Senggugut.

sistem perkumuhan

Rujukan:
Risalah ilmu perubatan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *