Sistem Peredaran 

By | September 10, 2019
 
sistem peredaran

Sistem peredaran, juga dipanggil sistem kardiovaskular, ialah satu sistem organ yang membenarkan darah untuk beredar dan mengangkut nutrien, oksigen, karbon dioksida, hormon, dan sel-sel darah kepada dan daripada sel di dalam badan untuk menyuburkannya dan membantu untuk melawan penyakit, menstabilkan suhu badan dan pH, dan untuk mengekalkan homeostasis.

Sistem sirkulatori/kardiovaskular merangkumi empat organ utama iaitu;

Jantung. Fungsinya ialah;

  • Mengepam darah ke peparu untuk membuang  udara yang tidak elok dan menerima udara baru yang elok.
  • Mengepam ke seluruh tubuh untuk memberikan keperluan udara baru (oksigen) dan membuang udara lama yang sudah digunakan (karbon dioksida).
  • Mengawal tekanan darah.

Arteri. Fungsinya ialah; (warna merah)

  • Membawa darah yang mengandungi oksigen kepada organ-organ.
  • Membawa juga bahan-bahan lain seperti nutrien, sisa nutrien, sel imuniti dan hormon.
  • Mengawal tekanan darah melalui proses pengembangan  dan pengecutan.

Vena. Fungsinya ialah; (warna biru)

  • Membawa darah yang mengandungi karbon dioksida dan wap air.
  • Membawa juga bahaa-bahan lain seperti nutrien, sisa nutrien, sel imunit dan hormon.
  • Menjadi tempat penyimpanan sementara bagi darah.

Kapilari. Fungsinya ialah;

  • Penghubung antara arteri dan vena.
  • Tempat berlaku pemberian keperluan organ seperti nutrien dan oksigen.
  • Tempat berlakunya penerimaan sisa organ seperti karbon dioksida dan sisa nutrien.

Bekerja rapat dengan sistem saraf pusat, pernafasan dan sistem perkumuhan.
Ia adalah sihat jika:

1. Jantung yang kuat mengepam darah ke seluruh badan.
2. Saluran darah mudah lentur, anjal dan tidak tersumbat.
3. Darah tidak melekit atau pekat.

Komplikasi kesihatan sistem peredaran yang lemah:

1. Boleh menjejaskan organ lain seperti hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem pembiakan
2. Menyebabkan penyakit Kardio-Serebrovaskular (CVD) seperti:

  •  
  •  
Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *