Sifat Ubatan Herba

By | Mac 1, 2018

sifat ubatan herba

Dalam perubatan Ibnu Sina, ubatan di bahagikan berdasarkan sifat mizaj yang empat iaitu panas, sejuk, basah dan kering. Cara untuk mengetahui sifat mizaj ini ada dua iaitu melalui ujikaji atau induktif dan juga melalui perbandingan atau deduktif.

Melalui kaedah ujikaji, sesuatu ubatan yang ingin dikaji sifatnya perlu dirasai sendiri oleh pengkaji dari sudut kesannya kepada tubuh dengan syarat-syarat tertentu. Kaedah ini agak berisiko apabila ia melibatkan bahan bertoksik dan bahaya. Ujikaji ke atas haiwan tertentu boleh dilakukan, namun tahap ketepatannya adalah kurang kerana tubuh haiwan berbeza dengan manusia, bahkan sesama manusia sendiripun berbeza tindak balasnya terhadap ubatan.

Kesan ubatan dibahagikan kepada empat tahap:

sama ada panas, sejuk, basah atau kering;

TAHAP PERTAMA :

Kesannya tidak dapat dirasai melainkan dengan pengambilan bahan tersebut secara berulang-ulang dalam kuatiti yang banyak. (Perlakuan ubat-ubatan di dalam tubuh badan tidak boleh dicerap, tindakan ringan).

TAHAP KEDUA :

Kesannya dapat dirasai dengan kuantiti yang sedikit, namun ia tidak sampai menimbulkan sebarang kemudaratan kepada tubuh. (Perlakuan ubat tersebut lebih kuat daripada perlakuan yang pertama, semua zat makanan termasuk dalam kategori ini).

TAHAP KETIGA :

Ubatan pada tahap ini memberikan kesan kemudaratan kepada tubuh, namun ia tidak sampai tahap membunuh. (bahan-bahan perubatan tergolong dalam kategori ini.)

TAHAP KEEMPAT :

Ubatan pada tahap ini merosakkan tubuh dan bersifat membunuh. Ia dinamakan sebagai racun.

 

herba sifat panas

herba sifat sejuk

 

Kedah perbandingan pula tidak melibatkan sebarang ujikaji pada tubuh, sebaliknya ia menggunakan ukuran atau ciri-ciri tertentu pada ubatan untuk mengetahui sifatnya. Antara ciri-ciri yang digunakan untuk menentukan sifat ubatan ialah bau, warna, penerimaan suhu dan rasa. Perbandingan berdasarkan rasa adalah yang paling menghampiri ketepatan berbanding yang lain.

Perbandingan berdasarkan rasa dibuat dengan menggunakan dua perkara iaitu mizaj ubatan dan bahan ubatan. Mizaj yang terlibat adalah panas, sejuk, dan pertengahan antara kedua-duanya iaitu sederhana. Saiz bahan ubatan yang terlibat adalah kasar, halus dan pertengahan antara kedua-duanya iaitu sederhana.

Gabungan kesemuanya menghasilkan sembilan jenis rasa seperti berikut;

  1. Ubatan yang kasar (padat) dan panas rasanya pahit.
  2. Ubatan yang kasar dan sejuk rasanya pedar.
  3. Ubatan yang kasar dan sederhana suhu rasanya manis.
  4. Ubatan yang halus (lembut) dan panas rasanya pedas.
  5. Ubatan yang halus dan sejuk rasanya masam.
  6. Ubatan yang halus dan sederhana suhu rasanya berlemak.
  7. Ubatan yang sederhana saiz dan panas rasanya masin.
  8. Ubatan yang sederhana saiz dan sejuk rasanya kelat.
  9. Ubatan yang sederhana saiz dan sederhana suhu rasanya tawar.

 

rujukan

buku risalah ilmu perubatan

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *