Sekilas Tentang Bekam

By | Februari 24, 2019

tentang bekam

Benarkah bekam boleh menyembuhkan pelbagai penyakit? Hadis2 sahih banyak yang mengatakan sedemikian. Di zaman moden ini pun kita sering dengar ada pesakit darah tinggi, kencing manis, gout, jantung, migrain dll sembuh dengan kaedah rawatan sunah ini.

Benarkah semua ini atau ia sengaja disensasikan untuk tujuan perniagaan? Saya berpendapat begini, penyembuhan sesuatu penyakit melalui bekam akan bergantung juga kepada beberapa faktor (harap ianya adil untuk semua jurubekam):

1. Usia

Kajian berkenaan mendapati orang yg terlalu tua jika berbekam, proses penyembuhan agak lambat malah berisiko untuk mengalami kesan2 yang di luar jangka berbanding orang yang muda.

2. Tahap Penyakit

Penyakit yang berada pada tahap serius didapati agak sukar atau lambat disembuhkan dengan cara bekam berbanding penyakit yang kurang serius. Sbg contoh lebih mudah menyembuhkan jangkitan saluran pernafasan atas berbanding menyembuhkan jangkitan paru2 (pneumonia).

3. Amalan Cara Hidup

Pesakit yang tidak merokok, selalu bersenam, cukup tidur, mengambil makanan seimbang dll lebih mudah dibantu penyembuhan penyakitnya dgn cara bekam berbanding sebaliknya.

4. Ketepatan Titik2 Bekam

Setiap titik bekam ada indikasinya tersendiri. Ia sudah terbukti sejak berzaman mahupun melalui kajian saintifik. Pemilihan titik2 yang salah bukan saja tiada nilai terapeutiknya malah boleh memudharatkan pesakit itu sendiri.

5. Pemilihan Tarikh Membekam

Ini bukan untuk mengatakan bahawa membekam pada tarikh2 biasa tidak berkesan tp utk tujuan perbandingan terpilih. Maksud saya penyembuhan penyakit2 kronik lebih berkesan jika bekam dibuat pada tarikh 17, 19 dan 21 kalendar Islam. Pada masa ini keadaan darah di dalam badan adalah aktif dan banyak yg berada pada kapilari2 (hampir permukaan kulit) kesan pengaruh graviti bulan.

6. Pematuhan Syarat2 Sebelum & Selepas Bekam

Kajian menunjukkan pesakit yang berbekam dalam keadaan perut kosong lebih mudah sembuh berbanding pesakit yang kenyang. Begitu juga pesakit yang berehat selepas bekam lebih lancar proses penyembuhan berbanding pesakit yang terus beraktiviti berat spt berlari.

7. Banyak lagi.

Kesimpulannya, bekam kalau mahu diletakkan pada tahap tinggi, pengamalnya sendiri harus menjadi tinggi terlebih dahulu ilmunya atau pengalamannya, bukannya meninggi diri melebihi realiti. Tidak salah meminta bayaran untuk setiap perkhidmatan yg diberikan tetapi biarlah ia berpatutan.

Untuk menjamin keberkesanan rawatan bekam, ingatlah bekam tidak harus dibiarkan bersendirian. Faktor2 berkaitan dan bersesuaian harus diambilkira dan termasuk dalam aturcara rawatan.

Kesembuhan adalah anugerah Allah. Jangan rosakkan nama bekam sunah Rasulullah dengan kejahilan dan rasa tinggi diri. Semoga akan lebih ramai orang2 sakit dapat dibantu sembuh, bukannya lebih ramai dapat penyakit hasil drp tatacara bekam yang salah. Wallhualam.

 

 

 

Undian Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *