Tenaga Dalam

bekam

Oleh: Ismail Mohamad

APAKAH ITU TENAGA DALAM?

Tubuh kita terbahagi kepada 2 bahagian besar, iaitu tubuh fizikal dan tubuh bioplasmik/ tubuh eterik atau lebih senang di kenali sebagai tubuh aura yang memancar mengelilingi tubuh fizikal. Kalau tenaga luar adalah kekuatan tulang-tulang dan otot untuk melakukan kerja-kerja fizikal, maka tenaga dalam pula kelihatan sebagai aliran gelombang tenaga yang mengalir melalui salurannya yang di panggil meridian. Gelombang tenaga ini terhasil daripada metabolisme sel-sel (penghasilan ATP oleh sub-sel mitokondria), melalui pernafasan kita.

Tenaga dalam murni di olah atau di latih melalui ritma pernafasan tertentu, yang disertai dengan gerakan-gerakan tertentu (jurus) dan konsentrasi fikiran. Tenaga dalam yang terhasil di simpan di pusat getarnya; di bawah pusat atas pusat atau dada. Di mana masing-masing perguruan berbeza pendapat tentang pusat getaran tenaga dalam masing-masing.

Pusat getar tenaga inilah menjadi stor tenaga dalam, yang boleh di pakai bila-bila masa yang diperlukan. Semakin sering ia dilatih, maka semakin besarlah kapasiti tenaga tersebut. Semakin cerah aura dan semakin sihatlah zahir dan batin.

ASAL USUL TENAGA DALAM

Tenaga Dalam telah wujud sejak dari dahulu kala dan terus mengalami pembangunan dari masa ke semasa. Namun pada waktu dahulu, ianya diajar secara tertutup atau persendirian dan diajar melalui Pesantren-Pesantren (Sekolah Pondok Islam) kerana di masa dahulu tidak diajar secara terbuka dan ilmu ini rahsia lagi dirahsiakan dan berkaitan dengan kerohanian Islam.

Namun sekarang ia bukanlah lagi begitu rahsia dan sangat mudah dipelajari sekalipun orang cacat atau kanak-kanak. Orang bukan Islam juga berpeluang mempelajari ilmu ini.

KELEBIHAN TENAGA DALAM DAN SIAPA PATUT MEMPELAJARINYA

Keunikan Tenaga Dalam ini ialah kita dapat menahan serangan musuh supaya musuh tidak sempat bertindak malahan kita boleh pula membuat pukulan jarak jauh hingga musuh tercampak dan tanpa kita perlu menyentuhnya.

Dengan mempelajari Tenaga Dalam ini, dengan izin Allah SWT, kita dapat melindungi harta-benda seperti rumah, melindungi seseorang dari perbuatan jenayah seperti seluk saku, ragut, rompakan dan rogol. Kaedah ini boleh dibuat secara dekat ataupun jauh seperti kita sedang outstation keluar ke bandar ataupun ke luar negara.

Kaedah masih terus berkesan walaupun kita sedang tidur ataupun kita sedang dalam posisi tidak tahu yang musuh akan melakukan jenayah. Tidak seperti seni mempertahankan diri (Martial Arts), membangkitkan Tenaga Dalam tidak memerlukan masa bertahun-tahun untuk dipelajari tetapi hanya waktu yang sangat singkat iaitu 20 minit pertama atau 1-2 minggu sahaja dan anda terus boleh menggunakannya.

Walau siapa anda dan di mana anda bekerja, Tenaga Dalam ini sangat berguna kepada anda semua untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan, keselamatan dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Kita akan mendapat keyakinan diri yang tinggi (self-confident) dan boleh mengelakkan orang bertindak jahat terhadap kita.

MISTERI TENAGA DALAM

Tenaga dalam merupakan tenaga yang berasal dari dalam badan di mana ia tersimpan atau mengeram dalam diri manusia. Pada peringkat asas tenaga dalam, kaedah pernafasan digunakan manakala pada peringkat lanjutan tenaga dalam itu diproses secara rohani.

Setiap manusia mempunyai tenaga dalam cuma kita tidak mampu untuk mengaktifkannya kerana tenaga itu sendiri bersifat “tertidur” dan akan bangkit secara tidak sengaja apabila bahaya mula menghampiri kita. Contohnya seorang ibu mampu mengangkat almari yang berat apabila terdapat api atau seseorang itu mampu melompat ke atas tembok yang tinggi apabila anjing mengejarnya. Selain itu terdapat sebuah kisah benar di mana seorang nenek yang berumur 60 tahun mampu mengangkat sebuah kereta untuk menyelamatkan cucunya.

Manusia sering tertanya-tanya apakah tenaga yang dikeluarkan oleh badan? Mari kita renungkan akan alam sekitar di sekeliling kita di mana semua benda hidup mempunyai medan elektromegnetik seperti struktur-struktur benda. Sains barat terpaksa mengakui kewujudan tenaga ini meskipun ia tidak dapat ditimbang atau diukur. Tubuh manusia itu sendiri merupakan pusat tenaga dan kita mempunyai bukti untuk menyokong fakta ini.

Sebagai contoh darjah kepanasan yang dapat diukur melalui termometer, gelombang frekuensi fikiran dapat diukur melalui ECG. Sistem meridian akupuntur yang mampu menguatkan organ badan dan otot-otot tubuh boleh diukur menggunakan voltmeter.

Jantung kita memberikan tindak balas kepada tenaga elektrik yang dikeluarkan oleh electrocardiograms. Saintis telah merumuskan bahawa gelombang elektrik, suhu, bunyi dan cahaya membentuk medan tenaga yang terhasil di sekeliling kita mempunyai frekuensi yang sama sebagaimana gelombang yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Ini membuktikan badan manusia bukan hanya sekadar badan namun ia bertindak sebagai tenaga elektromagnetik yang dinamik di mana ia juga dikenali sebagai AURA.

MEDAN PELINDUNG..

Jika kita merujuk kepada kamus, AURA bermaksud sesuatu perasaan, udara atau atmosfera. Aura berasal dari perkataan Greek dimana ia bermaksud hembusan. tenaga merupakan daya hidup yang berfungsi secara bawah sedar. sebagaimana yang kita tahu, badan mengandungi air dimana air berfungsi sebagai medium pengalir cas elektrik dalam badan.

Aura manusia merupakan medan tenaga yang mengelilingi badan manusia itu sendiri dimana sifat tenaga tersebut begitu halus mengelilingi badan manusia tersebut. ia seolah-olah seperti medan magnetik yang mengelilingi sebuah magnet ringkas. Seperti jua sebuah medan magnet, penghasilan aura dapat diumpamakan seperti benda fizikal dimana ia dipengaruhi oleh keadaan sekeliling.

Tenaga yang merentasi medan aura menunjukkan keadaan diri kita dimana dapat disimpulkan aura sebagai diri kita dan hidup kita dicorakkan berdasarkan keadaan sekeliling dan gaya hidup seharian. Aura menggambarkan aktiviti yang dimainkan oleh organ, kesihatan, minda dan keadaan emosi. Kekuatan sesuatu aura ditentukan oleh jumlah dan kuantiti tenaga yang diterima. semakin besar daya yang dikenakan pada medan aura, semakin banyak tenaga pada aura itu..

Seperti yang kita tahu, bumi dilindungi oleh lapisan langit seperti atmosfera, ionosfera dan lain-lain untuk melindungi bumi. Contohnya, apabila meteor ingin menghentam bumi, meteor tersebut harus melalui lapisan yang terdapat di bumi dimana meteor tersebut akan terbakar sebelum sampai ke bumi. sejak ribuan juta tahun dahulu, molekul yang terdapat pada atmosfera telah menyelamatkan hidupan di bumi. Ini merupakan suatu contoh yang mampu dilihat dimana suatu hidupan akan cuba melindungi dirinya sendiri apabila terdapat unsur yang ingin merosakkan dirinya.

Tuhan telah menciptakan aura untuk melindungi manusia daripada benda yang boleh mengancam kita dimana ia menjadi lapisan pelindung yang mengelilingi badan manusia.

Aura wujud dalam 7 lapisan. Lapisan pertama aura dikenali sebagai lapisan eterik dimana kedudukannya sangat dekat dengan badan dan boleh diumpamakan sebagai kulit kedua dimana lapisan ini mengandungi lapisan yang melindungi kita daripada sebarang bentuk serangan musuh dan sangat penting dalam Perlatihan Tenaga Dalam.

Lapisan kedua pula dikenali sebagai badan emosi dimana ia sangat berkait rapat dengan emosi. Lapisan ketiga pula dikenali sebagai lapisan mental dimana ia sangat berkait rapat dengan pemikiran dan idea. Disinilah segala idea dan pemikiran dijelmakan kepada bentuk konkrit.

Lapisan aura keempat dikenali sebagai lapisan astral dan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu lapisan fizikal dan lapisan lapisan yang lebih tinggi. Ia berperanan sebagai medium komunikasi antara manusia dalam erti kata yang lebih mudah cinta dan perhubungan serta ikatan emosi terbentuk pada lapisan ini. Lapisan aura yang kelima juga dikenali sebagai lapisan “pantulan” dimana keadaan ini merupakan suatu “bayangan” pada peringkat yang lebih tinggi dimana dalam bahasa yang lebih mudah ia merupakan kunci kepada salinan kepada tubuh badan yang sebenar.

Lapisan keenam dikenali sebagai lapisan kedamaian dimana ia menyimapan emosi cinta dan kepercayaan. Lapisan ketujuh dikenali sebagai salinan Ketheric juga dikenali sebagai tubuh sebab dan akibat dan merupakan lapisan mental yang mengandungi tahap rohani. Melalui lapisan ini juga dikatakan seseorang telah bersatu dengan roh.

PERNAFASAN DAN TENAGA DALAM

Pernafasan merupakan aspek yang terpenting dalam hidup seseorang insan. Ia sebagai mengatur degupan jantung dan juga aliran pernafasan yang baik. Ia merupakan suatu aspek yang sangat penting untuk dikaji bagaimana pernafasan diatur supaya kita mampu menyerap tenaga prana yang cukup daripada udara. Latihan menarik nafas dengan dalam menambahkan keperluan pengambilan 88 pound oksigen sehari dimana fungsi pengambilan oksigen dalam kehidupan ialah sebagai proses pembersihan.

Hemoglobin merupakan elemen merah yang berada dalam darah merupakan sejenis ion besi yang mempunyai daya tarikan magnetik. Besi merupakan ion positif manakala oksigen pula merupakan ion negatif. Semasa latihan, pernafasan memampatkan dada dimana jumlah oksigen di dalam paru-paru menjadi kurang dalam masa yang sama metabolisme terus diaktifkan. maka kestabilan metabolisme akan terjejas kerana kekurangan oksigen (MPO). Jadi untuk mengatasi masalah MPO, kandungan hemoglobin dalam darah harus ditingkatkan begitu juga dengan ion positif dalam medan magnetik. Maka aliran elektromagnetik akan meningkat di dalam badan begitu juga aura akan bertambah besar dan kuat dan inilah yang dikenali sebagai tenaga dalam.

Jadi bagaimana dengan pernafasan musuh yang berada dalam keadaan yang marah? Mereka akan bernafas dalam keadaan yang cepat dan pendek dimana ia akan mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi. Ini akan menyebabkan muka menjadi merah tetapi mereka yang berada dalam keadaan yang marah mempunyai gelombang otak yang tidak stabil maka ini akan mengakibatkan proses pernafasan turut terganggu. Namun dalam keadaan ini daya elektromagnet pada badan musuh menjadi semakin besar daripada biasa dan ini menyebabkan apabila dia menyerang kamu dia akan terpelanting dengan jarak yang lebih jauh daripada manusia.

Berdasarkan prinsip sebab dan akibat, semakin besar emosi mereka yang menyerang semakin jauh mereka akan terpelanting meskipun mereka tidak menyentuh kamu. Pola magnetik yang berkutub positif dalam badan seseorang yang telah menyelesaikan latihan pernafasan akan bertemu dengan pola magnetik badan penyerang yang mana akan menyebabkan penyerang terpelanting berdasarkan konsep sebab dan akibat. Ini berdasarkan konsep sains yang menyatakan bahawa apabila 2 kutub yang sama didekatkan maka kedua-dua akan menjauhi antara satu sama lain. Namun persoalannya ialah mengapa mereka yang telah menjalani olah pernafasan tidak tutur terpelanting? Ini adalah kerana mereka telah berada dalam keadaan yang stabil manakala penyerang berada dalam keadaan yang marah dan emosi yang tidak menentu maka hanya penyerang yang akan terpelanting

Secara jujurnya membaling seseorang ketika diserang masih menjadi persoalan yang masih belum dapat dijawab meskipun saya cuba menghuraikannya dalam bentuk yang mudah untuk difahami namun saya tetap merasakan masih terdapat begitu banyak misteri yang belum dapat dirungkai disebabkan kedangkalan pengetahuan dan kekurangan bahan pembacaan yang berkaitan tentang misteri ini.

BAGAIMANA TENAGA INI DIOLAH

Rahsia yang paling penting ialah dengan menggunakan teknik pernafasan yang teratur dan berdisiplin. Apabila pernafasan kita dilatih dengan teratur dan sempurna maka ia akan membentuk lapisan–lapisan sekitar tubuh kita. Lapisan tersebut dinamakan lapisan aura. Tebal atau nipisnya aura bergantung kepada amalan dan latihan seseorang tersebut. Prinsip pernafasan yang teratur dan berdisiplin akan membantu membuka pintu tenaga masuk dan mengembangkannya.

 

Sharing is Caring
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *