Pernafasan Teratur Boleh Mengawal Tekanan

By | November 28, 2017

Pernafasan teratur boleh mengawal tekananNafas ini ada pengaruhnya kepada kesihatan tetapi inilah yang paling kurang diambil kira dalam perubatan dan penyembuhan secara barat. Nafas memiliki perhubungan yang penting dengan kesihatan, seperti:

  • Nafas adalah satu alat yang padanya izin Allah diletakkan.
  • Nafas bertanggungjawab membawa sifatullah dari hati ke pelbagai pusat badan, fikiran dan roh.
  • Nafas menimbulkan keseimbangan dan harmoni kepada sesuatu tabiat badan.
  • Nafas membawa unsur-unsur kehidupan dari luar badan ke dalam badan untuk fungsi-fungsi jasmaniah.

Nafas boleh disamakan dengan udara ataupun oksigen, nafas itu timbul dari ketuhanan dan patinya adalah tabiat alam langit, nafas ialah yang bersifat cahaya (nur), nafas adalah tenaga hidup daripada Allah sendiri.

Ilmu Nafas memang tidak asing di kalangan pengikut-pengikut Yoga, Tai Chi, Qi Gong dan Sufi Islam. Orang-orang tua Melayu dahulukala yang mahir ilmu tenaga dalam, menekankan corak pernafasan yang betul, guna meningkatkan ‘tenaga dalam’, yang dikenali juga dengan nama chi, qi, prana atau qudrah (tenaga kosmik yang wujud di sekeliling kita).

Malangnya dengan gaya hidup kita sekarang yang serba-serbi nak cepat ditambah dengan persekitaran yang sentiasa stress, kita terdorong untuk bernafas secara ‘cetek’ (shallow breathing) dan cepat. Mengikut kajian, ini akan menyebabkan kita kurang menyedut chi (tenaga kosmik) dan ini akan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, kanser dll.

Kajian moden di negara barat telah membuktikan, dengan bernafas secara perlahan dan dalam, ianya dapat menurunkan tekanan darah, mengurangkan stress dan membantu aliran darah ke seluruh tubuh. http://www.naturalnews.com/023327_breathing_blood_blood_pressure.html

Ada dua jenis pernafasan:

  • Pernafasan dada- (chest breathing)
  • pernafasan perut- (abdominal breathing).

Cuba anda tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan. Apakah yang mengembang? bahagian dada atau perut?

Corak pernafasan yang baik ialah bila bahagian perut mengembang bila anda menarik nafas. Ini kerana pusat tenaga dalam bukan terletak di dada tetapi di perut, yang digelar ‘solar plexus’.

Jika anda jenis yang bernafas melalui dada, dengan latihan rutin, sebenarnya anda boleh mengubah kepada jenis pernafasan melalui perut.

Latihan Pernafasan.

Ini adalah teknik asas latihan pernafasan yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja, dan dengan kebiasaan, ianya dapat meningkatkan tenaga dalam atau chi kita.

1) Duduk bersila dengan tegak dan rileks.

2) Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan pastikan bahagian perut mengembang (bukan dada!) dengan kiraan 1,2,3,4. Tahan nafas di perut.

3) Tahan nafas di perut dalam kiraan 1,2,3,4

4) Hembus nafas melalui hidung dalam kiraan 1,2,3,4 perlahan-lahan.

Lakukan dalam 5-10 cycle mengikut kesesuaian masa anda, tapi sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari pun dah cukup!

 

Sharing is Caring
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *