Perbezaan Bekam dan Derma Darah

Perbezaan Bekam dan Derma Darah 1

Persoalan yang mengelirukan, orang yang bertanya pada saya juga kelihatan sangat keliru.

Kemungkinan kerana prosedur keduanya sama yang mana darah dikeluarkan daripada badan.

Jadi adakah manfaat keduanya sama? Ada yang sama mungkin tapi banyak bezanya!

Derma darah sangat penting bagi menyelamatkan nyawa. Ini bagi saya manfaat terbesar melebihi semua manfaat lain termasuk manfaat bekam. Niat pada yang ni bila derma darah , insha Allah akan dibalasNYA dengan kesihatan yang lebih baik.

Bekam pula banyak manfaatnya. Ramai lebih percaya pada gimiknya, iaitu “buang darah kotor” menyebabkan terdapat mereka yang skeptik dan memandang serong pada terapi bekam ini. Walhal banyak kajian ke atas terapi ini secara saintifik telah dijalankan terutama oleh negara-negara timur tengah, China, india dan juga Malaysia.

Antara kebaikan berbekam yang saya ingin kongsikan hasil pembacaan berkenaan kajian saintifk yang dijalankan :

1) Bekam meningkatkan antioksida badan melalui adaptasi terhadap stress. Kawasan bekam akan mengalami keradangan hasil tekanan darah di dalam cawan dan pengaktifan sel darah. Badan juga menjadi lebih bertenaga hasil daripada penjanaan bateri sel badan iaitu mitokondria yang membebaskan ATP (tenaga).

  • Manipulasi redoks mampu memberi kesan positif kepada mereka yang mempunyai masalah alergi, autoimmune, kanser, jangkitan kuman dll. (Bergantung individu case by case bukan pukul rata )

2) Bekam membuang “substance P” (penyebab radang) daripada saraf hujung sumber kesakitan (nociceptor). Hasilnya kesakitan akan berkurangan.

Maka sebab itu bekam sangat popular untuk mengurangkan sakit kepala, carpal tunnel syndrome, lutut, sakit belakang dll kerana ia mampu mengurangkan kesakitan dengan KETARA.

3) Bekam meningkatkan pemulihan sel melalui peningkatan “growth factor” hasil daripada pengaktifan sel pembekuan darah. Vasculoendothelial growth factor (VEGF) contohnya penting untuk pembinaan salur darah baru. FGF pula merupakan growth factor yang mempunyai pelbagai fungsi (pluripotent growth factor).

Antara fungsinya mengikut beberapa kajian ialah membina salur darah baru di jantung (angiogenesis), menyusun dan menumbuhkan sel-sel kulit, memulihkan luka dan penting bagi perkembangan sistem saraf badan.

4) Terdapat juga kajian menunjukkan bekam mengurangkan kerosakan buah pinggang, merendahkan gula darah, memperbaiki profil kolesterol (meningkatkan HDL, mengurangkan TG dan LDL) darah. Terdapat juga kajian ke atas perokok yang berbekam menunjukkan saturasi oksigen yang lebih tinggi dan lebih senang bernafas.

Banyak lagi yang saya belum baca, tetapi rasanya kebaikan bekam yang saya nyatakan tu BANYAK BEZA manfaatnya berbanding derma darah. Namun saya masih berpendapat manfaat derma darah paling utama iaitu untuk menyelamatkan nyawa lebih bermakna jika ikhlas insha Allah.

Tujuan saya menulis bukanlah untuk membuktikan BEKAM lebih baik berbanding derma darah atau sebaliknya. Saya juga bukan yang paling layak. Mana-mana yang berminat mengetahui lebih lanjut boleh hubungi Prof Dr. Aziz dari HUSM untuk pandangan kepakarannya dalam kajian terapi bekam ini.

Hajat saya ingin menangkis pandangan negatif menganggap bahawa terapi bekam merupakan terapi PSEUDOSCIENCE yang tiada asas saintifik. Ia mungkin bukan EVIDENCE BASED MEDICINE (EBM) peringkat tertinggi bagi anda, tapi berlambak kajian ada di pubmed dan journal-journal saintifik.

IQRA’ ya akhi.

Semoga kita tergolong dalam saintis-saintis dan perawat yang mengangkat tradisi perawatan sunnah ini insha Allah. Insha Allah terapi bekam akan menjadi terapi oldschool terbaru dalam bidang REGENERATIVE MEDICINE!

Ikhlas,
Encik Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *