Penyakit Diabetes Mellitus

diabetes mellitus

Diabetes mellitus, secara umum sering juga disebut sebagai diabetes, ia adalah penyakit metabolik yang menyebabkan peningkatan gula di dalam darah. Menurut perubatan moden ia adalah satu bentuk gangguan metabolik yang ditandai dengan gula darah yang melebihi 5.7 mmol/L ketika berpuasa disertai dengan keabnormalan ujian² lain disusuli samada dengan atau tanpa gejala² tertentu.

Hormon insulin berperanan membawa gula daripada darah masuk ke dalam sel² untuk dijadikan tenaga atau disumpan sebagai tenaga. Namun apabila tubuh/pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak dapat menggunakannya secara berkesan (insulin resistant), peningkatan gula darah akan berlaku. Dalam satu jangkamasa seseorang itu akan mula menunjukkan gejala² tertentu dan jika tidak dirawat atau dikawal, ia boleh menjadi punca kepada komplikasi² berkenaan.

Terdapat beberapa jenis diabetes.

Penyakit Diabetes Mellitus 1

Pertama: diabetes jenis 1, penyakit autoimun. Dalam jenis ini, sistem imun kita menyerang & merosakkan sel² di dalam pankreas, tempat di mana insulin dihasilkan. Tidak begitu jelas kenapa serangan ini boleh berlaku. Diabetes jenis 1 lebih kerap berlaku di kalangan kanak² berbanding orang dewasa.

Kedua: diabetes jenis 2, berlaku apabila tubuh kita resistan atau tidak dapat mengesan kehadiran insulin atau organ pankreas kurang menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membawa gula masuk ke dalam sel² tubuh. Ia disebabkan oleh kombinasi faktor genetik dan faktor gaya hidup yang tidak sihat. Diabetes jenis ini lebih kerap berlaku kepada orang dewasa.

Ketiga: prediabetes, berlaku apabila kadar gula tinggi di darah namun tidak begitu tinggi untuk didiagnosa sebagai duabetes jenis 2.

Keempat: gestational diabetes iaitu tahap gula darah tinggi ketika mengandung di mana hormon insulin-blocking menjadi penyebabnya.

Secara umum, antara gejala² penyakit kencing manis adalah seperti rasa lapar dan dahaga yang berlebihan, penurunan berat badan, kekerapan membuang air kecil, penglihatan kabur, keletihan yang ekstrem, luka yang lambat sembuh dsbnya. Untuk tujuan diagnosa, antara beberapa ujian darah yang akan dilakukan adalah seperti fasting blood sugar /gula darah puasa , hbA1C iaitu purata kawalan gula darah dalam 2 – 3 bulan sebelumnya (normal < 6.5%) dan OGTT/selepas 2 jam minum cecair gula ( < 7.8mmol/L normal). Jika paras gula di dalam darah terlalu tinggi dan tidak dirawat ia bokeh mengakibatkan beberapa komplikasi seperti kerosakan pada saraf, pembuluh darah, mata, ginjal, jantung dan organ² yang lain.

Rawatan adalah bergantung kepada jenis diabetes dan faktor² yang lain. Diabetes jenis 1, suntikan insulin adalah rawatan utama. Diabetes jenis 2, kawalan diet dan senaman boleh membantu mengawal gula darah pada sesetengah pesakit. Namun apabila perubahan gaya hidup tidak dapat membantu, rawatan ubat-ubatan mungkin diperlukan. Antara tujuan pemberian ubat-ubatan berkenaan adalah untuk merangsang pankreas menghasilkan lebih insulin, menurunkan gula darah pada tahap normal, menggalak lebih banyak gula dibuang melalui air kencing, mengurangkan penghasilan gula oleh organ hati (cth: Metformin), meningkatkan fungsi insulin dsbnya. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa terapi alternatif & komplementari seperti terapi bekam dan akupuntur juga didapati berupaya mengawal gula darah dengan signifikan.

MSO.

Sabri Osman

Ref:

1. Diagnosis and classification of diabetes mellitus. Diabetes Mellitus

Diabetes care 28 (S37), S5-S10, 2005

2. The Effects of Wet Cupping Therapy on Fasting Blood Sugar, Renal Function Parameters, and Endothelial Function: A Single-arm Intervention Study. Nik-Rosmawati Nik Husain, Suhaily Mohd Hairon, Rehanah Mohd Zain, Mujahid Bakar, Tee Get Bee, Mohamed Saat Ismail

Oman medical journal 35 (2), e108, 2020

3. Effect of blood cupping on some biochemical parameter. FAIROUZ K ALSHOWAFI. The Medical Journal of Cairo University 78 (2), 2010

4. The Effects of Wet Cupping Therapy in Blood Pressure, Glucose, Uric Acid and Total Cholesterol Levels. Sutriyono Sutriyono, Muhammad Rodham Robbina, Meksianis Zadrak Ndii. Biology, Medicine, & Natural Product Chemistry 8 (2), 33-36, 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *