Penyakit Jantung dan Jenis-jenisnya

By | Ogos 15, 2019
sakit jantung

Tugas semua organ dan sistem dalaman bergantung kepada peredaran darah. Apakah sebenarnya peredaran darah? Ia adalah bekalan oksigen dan nutrien, juga penyingkiran karbon dioksida dan bahan buangan daripada metabolisma di dalam organ dalaman. Semasa kecil, remaja dan ketika muda, seseorang bergerak aktif, salur darah masih muda, elastik dan bersih ketika itu – nutrisi bagi semua organ adalah yang paling utama.

Tetapi apabila kita meningkat dewasa, kita kurang bergerak dan salur darah mula tersumbat, Ini adalah kerana beberapa faktor – bukan sahaja yang memudaratkan (e.g. merokok, kekurangan nutrisi, pencemaran alam sekitar, gaya hidup tidak aktif) tetapi juga faktor semulajadi (e.g. pemendapan lipid, yang terjadi kepada setiap orang apabila umur meningkat).

Apakah maksud salur darah tersumbat? Bayangkan paip air yang penuh dengan karat. Apakah akibatnya? Akibatnya ialah tekanan meningkat dan rasa air juga tercemar. Perkara sama terjadi dengan salur darah. Apabila kolesterol atau bahan lain termendap di dalamnya, tekanan darah (Salur yang kotor adalah sebab utama hipertensi!),  darah itu sendiri mempunyai bendasing, menjadikan peredaran darah bertambah teruk. Akhirnya, semua organ dan sistem terkesan, dan ini semua adalah diri anda. Malah kulit juga adalah sebahagian daripada organ.

Secara berperingkat, seseorang mula meningkat usia. Jika salur darah kerap dicuci dari masa ke semasa, seseorang individu boleh hidup sehingga 120 tahun, tanpa penyakit – pada organ mahupun sendi, dan yang paling penting sekali, otak mereka akan berfungsi secara normal. Ini bermakna mencuci saluran darah nyata sekali boleh memanjangkan usia dan menambah baik kesihatan. Dan ini bukan hanya teori.

 

pembuluh darah 

Dengan demikian, salur darah akan tersumbat dari masa ke semasa. Jika anda tidak pernah membersihkannya, dan anda telah berusia lebih 40 tahun, salur darah dan urat darah anda telah tercemar. Ini lambat laun akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda jika ianya belum berlaku.

Apakah penyakit yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat ini?

Seperti yang dikatakan, seluruh organisma terkesan darinya. Tetapi pertama sekali, organ dan sistem yang berkaitan secara langsung dengan peredaran darah, iaitu sistem kardiovaskular.

Salur darah yang tercemar juga boleh mengakibatkan penyakit lain seperti:

  • Aterosklerosis. Saluran berhenti berfungsi, urat yang paling kecil terhalang sepenuhnya dan yang besar mempunyai mendapan kolesterol yang banyak.
  • Penyakit jantung iskemia. Ia terjadi disebabkan sering kekurangan darah di dalam saluran koronari, yang mana berkembang melawan pencemaran vaskular dalam urat dan arteri.
  • Strok. Dengan kerosakan kekal pada pembekalan darah ke tisu otak, penghujung saraf mula mati, menyebabkan kerosakan pada beberapa fungsi.
  • Hipertensi. Apabila salur darah menjadi sempit disebabkan oleh halangan, tekanan darah meningkat.
  • Pembesaran vena varikos. Ia memberi kesan bukan sahaja pada kaki (yang sering menghantui wanita), tetapi juga di dalam badan. Salah satu akibat pembesaran vena varikos ialah hemoroid.
  • Trombosis vena dan arteri. Dalam kes pencemaran yang berpanjangan, darah beku boleh terbentuk di dalam salur darah, menyebabkan kemusnahan sepenuhnya pada salur darah, yang mana boleh menyebabkan sel-sel individu di dalam satu atau lain-lain organ mati. Jika trombus ditolak dan masuk ke dalam darah, ia boleh menyebabkan halangan pada saluran darah di dalam jantung, iaitu serangan jantung, yang mana 70% kes berakhir dengan kematian.

Jenis penyakit jantung

  • Penyakit Injap – Injap Normal (tertutup)
  • Penyakit Injap – Stenosis Injap (tertutup)
  • Aneurisme – Aneurisme toraks aorta
  • Penyakit koronari arteri – Pemendapan lemak
  • Aritmia Kardium – Insyarat elektrikal tidak seragam
  • Kegagalan jantung – Ventrikel mengembang
  • Kardiomiopati – Penebalan miokardium
 

Lebih empat kali ganda kematian berbanding semua penyakit lain disebabkan oleh kerosakan kardiovaskular. Doktor menyedari masalah ini, dan juga tahu pembersihan salur darah ialah satu keperluan tetapi tidak tahu mengapa, amalan ini tidak wujud dalam dunia perubatan kita hari ini. Bagi hipertensi, kebanyakan doktor mempreskripsikan pil untuk merendahkan tekanan darah. Tetapi pil ini tidak memulihkan keadaan, ia hanya memberi kelegaan sementara.

Anda perlu membersihkan salur darah anda. Sebaliknya di Barat, untuk lebih setengah abad, mereka yang berumur melebihi 40 tahun perlu menjaga keperluan ini. Di sana semua orang menyedari kepentingan membersihkan salur darah. Kurang pengetahuan mengenai perkara ini di kalangan masyarakat kita benar—benar membingungkan.

Adakah terdapat simptom yang dengan jelas menunjukkan salur darah bermasalah?

– Ya, sudah tentu. Simptom utama termasuk:

  • Migrain
  • Memori lemah
  • Keletihan kronik
  • Insomnia
  • Masalah di ranjang
  • Kekurangan penglihatan dan pendengaran
  • Tekanan darah meningkat
  • Dispnea dan angina
  • Pucat pada kaki
  • Kesakitan pada otot dan sendi

Tetapi walaupun anda tidak mengalami simptom-simptom ini, anda masih perlu membersihkan salur darah sekurang-kurangnya sekali untuk setiap 5 tahun selepas berumur 30 tahun. Dengan cara ini anda dapat menikmati kesihatan yang baik.

Malah salur darah agak cepat tersumbat, terutamanya bagi orang yang lebih tua. Jangan fikir ini adalah kerana tabiat makan yang tidak baik. Ianya cukup dengan memakan sosej atau telur beberapa kali untuk mendapat pemendapan kolesterol. Dari masa ke semasa mendapan ini terkumpul dan menjadi lebih banyak.

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

2 thoughts on “Penyakit Jantung dan Jenis-jenisnya

  1. Razi

    Ape yg dimaksudkan dgn pembersihan salut darah? Ape kaedah yg digunakan untuk membersihkan salur darah?

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *