Nilai Metabolik Dalam Makanan

By | Februari 5, 2018

Konsep Penyakit dan Ubatnya

Terdapat dua cara yang boleh mempertahan dan memulihkan penyakit supaya manusia berada dalam keadaan sihat. Cara tersebut adalah a) Melalui rawatan dengan ubat atau b) Pencegahan.

Ini kerana setiap penyakit itu ada ubatnya. Dalam sebuah hadis disebutkan: 

Abu Darda berkata: Rasulullah bersabda, ” Sesungguhnya Allah menjadikan penyakit dan ubat, dijadikan bagi tiap-tiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah dan jangan berubat dengan bahan-bahan haram”. (Hadis Riwayat Bukhari)

 

Bagaimana memilih makanan yang sesuai

Cara pemilihan makanan berdasarkan kepada dua faktor iaitu panas dan sejuk. Apabila kita kata makanan itu panas, bukanlah bermaksud makanan itu betul-betul panas seperti api, dan tidak juga berkaitan dengan nilai kalorinya.

Apa yang dimaksudkan dengan makanan panas itu ialah makanan yang menimbulkan kesan dalam badan yang menggalakan metabolisme tubuh. Makanan yang sejuk sifatnya memberi kesan merendahkan metabolisme.

Dengan kata lain, jika kita guna termometer untuk mengukur suhu, kita dapat lihat sedikit kenaikan suhu badan apabila memakan makanan bersifat panas. Sebaliknya makanan bersifat sejuk, suhu badan akan turun sedikit.

Faktor yang penting dalam sistem diet ialah makanan itu perlu mengandungi kepanasan yang secukupnya untuk menyempurnakan penghadaman. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa sebab utama penyakit ialah makan terlalu banyak dan berulang-ulang. Ini bererti makanan yang baru dimakan belum sempat dihadamkan sepenuhnya kerana kekurangan panas untuk  membantu metabolisme.

Ini jelas apabila kita melihat kepada nilai metabolik kebanyakan makanan, dengan berpandukan kepada senarai ini dapatlah kita memilih makanan yang memberi kesihatan kepada kita.

Jenis-jenis Makanan yang Panas

Daging : anak bibri-biri, ayam, hati, telor, kambing jantan, burung.

Bahan-bahan tenusu: susu kambing, keju, krim, minyak sapi.

Sayur-sayuran : ubi bit, lobak merah, lobak putih, bawang putih, biji sawi, lada merah, lada hijau, biji lobak merah, selasih, tomato, bayam, kentang, kubis bunga hijau, pokok selasih, 

Buah-buahan: buah peach, buah plum, oren, limau, mulberi, kismis, zaitun, anggur, epal, nenas, buah delima, kurma, mangga, durian dan semua buah-buahan kering.

Padi-padian: beras halus, beras basmati.

Biji-bijian dan kacang: bijian, badam, walnut, biji buah aprikot, biji buah nenas batu, kacang buah pinggang, kacang kuda, kacang hitam, halba.

Minyak: minyak bijan, minyak jagung, minyak biji sawi.

Minuman: teh hitam, kopi.

Herba: kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh, halia, biji saderi, kunyit, rempah ratus, jintan putih, jintan manis.

Lain-lain: manisan, gula-gula, garam, semua ubat moden.

Jenis-jenis Makanan yang Sejuk

Daging: ikan, arnab, kambing betina, lembu.

Bahan-bahan tenusu: susu lembu, susu ibu, susu kambing, mentega, keju kering, mejerin, dadih,

Sayur-sayuran: daun salad, daun saderi, pucuk, bayam, kubis, kacang soya, lobak, timun, kacang buncis, serai, kubis bunga, asparagus, labu, cendawan, terung, pudina, peria katak, 

Buah-buahan: kelapa, tembikai, aprikot, pisang, epal, nenas, 

Padi-padian: beras perang, beras biasa.

Minyak: kelapa, minyak bunga matahari

Minuman: teh hijau, air kelapa.

Herba: ketumbar, jintan, inai, barli.

lain-lain: cuka, benda pahit dan masam.

Secara umum untuk menentukan sesuatu bahan itu sama ada ianya mizaj (tabiat) panas ataupun sejuk boleh dinilai melalui rasa, ia terbahagi kepada tiga:

  • Panas – setiap sesuatu bahan jika terdapat rasa pahit, pedas dan masin maka ia diketegorikan bahan yang bersifat panas.
  • Sederhana – setiap sesuatu bahan jika terdapat rasa manis, lemak dan tawar maka ia diketegorikan bahan yang bersifat sederhana.
  • Sejuk – setiap sesuatu bahan jika terdapat rasa pedar, masam dan kelat maka ia diketegorikan bahan yang bersifat sejuk.

Rujukan:

– Konsep kesihatan melalui pemakanan

– Kitab Ilmu Perubatan Kesufian

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *