Mengenali Perubatan Ibnu Sina

By | Julai 19, 2018

perubatan ibnu sina

Dr. Mohd Hilmi bin Abdullah

1) Kandungan Buku Al-Qanun Fi al-Tibb
Ibnu Sina telah membahagikan kitab al-Qanun Fi al-Tibb kepada lima buah buku seperti berikut :-

Buku Pertama : Aspek-aspek umum dalam ilmu perubatan.

  • Teori-teori asas
  • Penyakit, punca, dan gejala
  • Penjagaan kesihatan
  • Rawatan umum

Buku Kedua : Ubat-ubatan tunggal.

  • Tumbuhan herba
  • Organ haiwan
  • Galian, logam, dan batu-batan

Buku Ketiga : Penyakit-penyakit yang menimpa organ-organ tubuh secara khusus.

  • Organ kepala / otak – Gigi
  • Penyakit-penyakit saraf – Gusi dan bibir
  • Organ mata – Tekak dan larinks
  • Telinga – Paru-paru dan dada
  • Hidung – Jantung
  • Mulut dan lidah – Payu dara
  • Esophagus dan gaster – Hati
  • Pundi hempedu dan limpa – Usus dan punggung
  • Buah pinggang – Pundi air kencing
  • Organ pembiakan lelaki – Organ pembiakan wanita
  • Penyakit kaki, tangan, dan sendi

Buku Keempat : Penyakit-penyakit yang tidak menimpa sesuatu organ tubuh secara khusus, termasuk juga tentang perhiasan.

  • Demam dan krisis – Kulit
  • Bengkak dan bisul – Sengatan binatang
  • Rambut – Keracunan
  • Rawatan kecederaan (patah, luka, ulser, dsb.)

Buku Kelima : Sintesis ubat-ubatan (ubat-ubatan kompleks).

  • Jenis ubat-ubatan kompleks (antidot, makjun, ayarij, jawarisyin, krim, minyak, balutan, dsb.)
  • Penyakit dan ubat
  • Jadual sukatan ubat-ubatan

2) Penjanaan Humor
Setiap makanan yang dimakan akan mengalami proses-proses seperti berikut :-

  1. Pra penghadaman : Berlaku di dalam mulut semasa mengunyah.
  2. Penghadaman pertama : Berlaku di dalam gaster. Makanan ditukar kepada kilus. Lebihan makanan akan dibuang melalui usus.
  3. Penghadaman kedua : Berlaku di dalam hati. Makanan akan ditukar kepada empat jenis humor, iaitu Darah, Hempedu Kuning, Hempedu Hitam, dan Kahak. Lebihan makanan akan dibuang melalui pundi air kencing, limpa, dan pundi hempedu.
  4. Penghadaman ketiga : Berlaku di dalam salur-salur darah.
  5. Penghadaman keempat : Berlaku di dalam organ yang menerima nutrien.

Humor Darah : Darah yang matang (nutrien bagi hampir seluruh organ)
Humor Kahak : Darang yang kurang matang / mentah (nutrien bagi otak / saraf)
Humor Hempedu Kuning : Buih darah (nutrien bagi paru-paru dan pundi hempedu)
Humor Hempedu Hitam : Keladak / mendapan darah (nutrien bagi tulang dan limpa)

Lebihan Hempedu Hitam : Dikeluarkan oleh limpa ketika seseorang itu lapar.
Lebihan Hempedu Kuning : Dikeluarkan oleh pundi hempedu kira-kira 10 minit selepas makan.
Kelebihan ibadat puasa ?
Air kencing kuning ?

3) Punca Penyakit

  • Udara
  • Makanan dan minuman
  • Pergerakan tubuh
  • Tidur dan jaga
  • Pengosongan dan pengurungan
  • Pengaruh kejiwaan

* Kuman sebagai punca penyakit termasuk dalam kategori udara persekitaran dan bahan-bahan makanan dan minuman yang diambil.

4) Kepentingan Riadah

  • Bukan semua makanan akan bertukar menjadi nutrien. Sebahagiannya akan menjadi lebihan tubuh badan.
  • Sifat semulajadi tubuh tidak mampu mengosongkan kesemua lebihan tersebut.
  • Lebihan yang menjadi reput akan menyebabkan penyakit pereputan (demam).
  • Lebihan yang banyak akan menyebabkan penyakit pemenuhan.
  • Lebihan yang mengalir ke organ yang lain akan menyebabkan bengkak.
  • Pengosongan melalui ubat-ubatan beracun akan meletihkan sifat semulajadi.
  • Pengosongan melalui ubat-ubatan tidak beracun tetap membebankan sifat semulajadi kerana “ubat-ubatan berfungsi membersihkan dan mencederakan”.
  • Oleh itu, riadah adalah satu-satunya kaedah yang paling berkesan dalam mengosongkan lebihan-lebihan tubuh badan tersebut.

5) Pengurusan Bahan Makanan

  • Makanan yang diambil mestilah terdiri daripada pelbagai bentuk makanan yang berubat (makanan kesihatan).
  • Lebihan daripada makanan yang diambil hendaklah segera dikosongkan.
  • Hanya makan setelah datangnya keinginan untuk makan.
  • Makanan berubat yang bertentangan sifat hendaklah diambil selepas pengam-bilan sejenis makanan berubat bagi mengelak berlakunya ketidakseimbangan mizaj.
  • Gejala kejiwaan yang serius dan gerakan tubuh yang agresif akan menghalang berlakunya proses penghadaman.
  • Perasaan ingin makan selepas kenyang hendaklah ditahan kerana perasaan tersebut akan hilang dengan sendirinya satu jam selepas itu.
  • Pengambilan makanan yang halus serta cepat hadam adalah dilarang selepas pengambilan makanan yang kuat dan keras.
  • Pengambilan makanan yang kuat dan keras adalah dilarang sebaik sahaja selepas megambil makanan yang bersifat licin.
  • Bilangan makan yang mengenyangkan yang paling sesuai sekali ialah, ia makan pada suatu hari satu hidangan, dan pada suatu hari yang lain pula dua kali, iaitu pagi dan petang.
  • Meminum air yang banyak selepas makan adalah dilarang, malah dihendaki meminum air ketika makanan turun ke usus.
  • Makanan yang manis akan diragut oleh sifat semulajadi sebelum ia menjadi matang dan hadam, lalu menyebabkan darah menjadi rosak.
  • Melakukan riadah sebaik sahaja selepas memakan buah-buahan, bertujuan untuk menceraikan humor-humor berair.

6) Sifat Basah Semulajadi

  • Seumpama air yang terdapat di dalam lampu minyak.
  • Terhasil di dalam tubuh akibat daripada sistem penghadaman yang lemah, dan akibat mizaj tubuh yang lebih sejuk daripada yang sepatutnya.
  • Semakin bertambah setelah seseorang itu mencapai umur penurunan.

7) Prinsip Asas Dalam Perawatan

  • Pesakit dilarang mengambil makanan jika kita mahu sifat semulajadi tubuh memberi perhatian terdahap proses pematangan humor (khususnya semasa merawat penyakit akut).
  • Pengurangan makanan dilakukan jika tindakan tersebut bertujuan untuk memelihara tenaga (khususnya semasa merawat penyakit kronik).
  • Sesuatu penyakit itu dirawat secara bertentangan, sedangkan kesihatan pula dijaga secara kaedah persamaan.
  • Bahan yang dikenalpasti menyebabkan penyakit hendaklah ditarik keluar dari tubuh badan.
  • Melakukan tekanan ke atas organ yang bertentangan mampu menarik bahan yang menyebabkan penyakit.
  • Beringat-ingat agar tidak lari daripada kaedah rawatan yang betul, walaupun kesannya lambat, kepada kaedah rawatan yang salah.
  • Tidak boleh berterusan menggunakan ubat yang sama untuk merawat penyakit yang sama.
  • Melakukan sesuatu yang boleh menguatkan Tenaga Kejiwaan dan Tenaga Kehaiwanan seperti bergembira dan melihat pemandangan yang menyenang-kan.

8) Perbezaan Antara Perubatan Moden Dengan Perubatan Ibnu Sina Dalam Merawat Penyakit Gout

8.1 Perubatan Moden

  • Menggunakan ubat analgesik (meredakan sakit) seperti Indomethacin untuk merawat gout pada peringkat akut.
  • Menggunakan ubat Allopreniol / Allopurinol bagi merawat gout kronik.
  • Penggunaan ubat ini secara berterusan dalam tempoh yang lama dikhuatiri mendatangkan kesan sampingan yang tidak elok terhadap gaster, usus, dan buah pinggang.

8.2 Perubatan Ibnu Sina

  • Melakukan proses pengosongan (perdarahan atau pencaharan) sebelum tiba musim bunga (rawatan sokongan).
  • Melakukan pemuntahan.
  • Melakukan perdarahan secara memanjang ke atas salur darah siatik.
  • Berbekam di bahagian tulang lumbar.
  • Berbekam di atas kedua-dua buku lali.
  • Berbekam di bahagian antara kedua-dua lutut.
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti Makjun Falasifah dan Makjun Biji-Bijian.

8.3 Persamaan Antara Kedua-Duanya

  • Mengurangkan berat badan
  • Melakukan riadah
  • Mengelak daripada mengambil makanan yang mengandungi kadar purin yang tinggi, seperti hati, jantung, dan hempedu.
  • Meminum air yang banyak setiap hari (2 hingga 3 liter).

 

* Makjun Falasifah : Ubat ini baik untuk mencairkan Kahak, menguatkan pernafasan, meningkatkan ingatan, melancarkan pertuturan, membuang angin, menyembuhkan penyakit kencing dedas, menambahkan air mani, menguatkan zakar, menguatkan gigi, dan menghilangkan sakit-sakit di bahagian pinggang, belakang, sendi (gout), dan ureter. Bahan-bahannya ialah :-

Ambil lada, lada panjang, halia, cinnamon, emblik myrobalan, bellerik myroba-lan, syitaraj (Plumbago zeylanica), birthwort, kamomil, tembikai Syam, dan teras biji pine yang besar, setiap satu sebanyak satu auns ; biji kamomil setengah auns ; dan biji anggur 3 auns. Ambil anggur merah tanpa biji, kemudian ditumbuk dan digaul bersama madu bersama dengan bahan-bahan di atas.

* Makjun Biji-Bijian : Ubat ini baik untuk kesakitan di baha-gian hati, limpa, dan gaster, dan berfaedah untuk membuang angin di bahagian perut. Bahan-bahannya ialah :-

Ambil kayu manis Cina, hamama , spikenard, henbane Khurasan, biji adas, biji saderi, jintan manis, sisalius, jandabidastar, biji dill, birthwort panjang, kiyyah , asarun (nard liar), dan caraway dalam kadar yang sama banyak, lalu dicampur dengan madu tanpa buih sekadar perlu.

9) Maklumat Internet

www.hamdard.com

www.hamdard.edu

www.hamdard.edu.pk

Maklumat Penulis:

Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
013-9205011
pustakahilmi@yahoo.com

buku terbitan pustaka hilmi di https://pustakahilmi.blogspot.com

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *