Mekanisma Bekam Dalam Mengawal Strok

By | Oktober 4, 2019
penyakit strok

Strok adalah tentang kematian sejumlah sel² otak yang disebabkan oleh kekurangan oksigen samada akibat halangan aliran darah (ischemic) atau pembuluh darah arteri otak pecah (haemorrhage). Ia biasanya ditandai dengan kehilangan percakapan, kelemahan atau kelumpuhan salah satu sisi tubuh, samada kanan atau kiri. Ia juga dikenali sebagai “kemalangan kardiovaskular”.

Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, kadar gula darah yang tinggi & merokok adalah berisiko untuk mendapat strok atau “brain attack”. Rawatan moden biasanya adalah dengan rawatan “plasminogen factor” utk memecah darah beku di dlm otak selain daripada pembedahan berkenaan. Rehabilitasi strok seperti fisioterapi adalah bertujuan untuk membina semula kekuatan otot dan memperbaiki kualiti hidup.

Antara rawatan alternatif yang dikatakan berkesan mengembalikan semula fungsi normal tisu otak yg terjejas, meningkatkan kembali keupayaan otot & kualiti hidup adalah bekam atau akupunktur.

Di India, Dr Syed Hassan melakukan rawatan bekam keatas seorang pesakit strok lelaki berusia 66 tahun yang sering mengadu kebas, lemah & sakit anggota tubuh sebelah kiri. Pesakit ini mempunyai sejarah hipertensi lebih 15 tahun, diabetes yang tidak terkawal, mengunyah tembakau dan mengambil banyak alkohol. Beliau dtg mendapatkan rawatan bekam selepas 5 bulan mendapatkan strok. Pesakit telah menjalani terapi bekam (bekam darah & bekam luncur) sekerap 5 sesi.

Hasilnya: pesakit mula merasa sensasi sentuhan &.boleh menggerakkan anggota badan sebelah kiri (tangan & kaki). Kelemahan anggota semakin berkurangan dan gula darah juga semakin stabil. Menurut Dr Syed Hassan, bekam haruslah bersifat holistik & tidak boleh dijadikan terapi bersendirian utk pasca strok. Kawalan diet seperti kurang garam, kurang gula & kurang lemak, senaman regular, mengurangkan berat badan, kawalan emosi yg baik & mengelak ambil alkohol berlebihan adalah penting untuk memaksimakan kesan terapeutik bekam keatas strok.

Apakah kemungkinan mekanisme bekam dalam mengawal strok?

Secara ringkas: Tekanan negatif (penyedutan) yg menimbulkan hipoksia sementara ke atas kulit kepala berkenaan dengan kesan radius 10cm berupaya merangsang pelepasan sejumlah nitric oxide (NO), menyebabkan pelebaran pembuluh² darah & lain² tindakbalas biokimia. Ini membenarkan lebih banyak darah atau oksigen sampai ke bahagian tisu otak yg terjejas.

Tusukan jarum keatas kulit kepala mengaktifkan mekanisme penyembuhan luka & pembentukan pembuluh² darah baru (angiogenesis). Kedua² tindakan ini akhirnya merangsang pertumbuhan sel² otak baru(neurogenesis) dan secara berperingkat meningkatkan semula fungsi normal otak yang terjejas. Pembekaman keatas anggota yg lemah atau kebas, meningkatkan aliran darah, mengekalkan tona otot dan mengelak otot menjadi kecil (atropy).

Manakala pembekaman pada titik² yg lain selain daripada menyingkir CPS terlibat, ia juga adalah untuk merangsang fungsi normal organ² penting agar sistem² tubuh kembali stabil. Manakala kawalan diet & emosi, rehat yg cukup, senaman dsbnya adalah utk mengawal penyakit² seperti hipertensi atau diabetes agar tidak meningkatkan risiko serangan strok seterusnya.

Medic Sabri

Ref:

Repairing brain after stroke: a review on post-ischemic neurogenesis
Charles Wiltrout, Bradley Lang, Yiping Yan, Robert J Dempsey, Raghu Vemuganti Neurochemistry international 50 (7-8), 1028-1041, 2007

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *