Makanan Yang Meneutralkan Asid Urik

By | April 17, 2018

makanan neutral asid urik

BUAH BUAHAN

Ceri (25 biji sehari), strawberi, epal hijau (2biji seminggu), manggis, buah delima, ekstrak buah2 beri yang terdiri daripada bilberi, acai beri dan beri biru.

SAYURAN

Peria, peria katak, sawi pahit, kacang panjang, kailan, kacang botol, lobak putih, saderi, daun pasli (daun sup), sayuran yang berdaun hijau, ulam ulaman seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb.

AIR

Air suling/bertapis, air beralkali seperti air telaga, air bukit, air bawah tanah dan air zamzam.

DAGING

Ayam kampung, ayam organik, itik, rusa, pelanduk, arnab, burung puyuh, burung merpati dsb (daging putih lebih baik daripada daging merah bagi pesakit gout).

GULA & GARAM

Gantikan gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kelapa asli, gula kabung dan gantikan garam halus dengan garam kasar.

LEMAK

Ganti marjerin, lemak sayuran/shortening, krimer minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli dan minyak sapi asli.

MINYAK

Guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino.

RAWATAN ALTERNATIF

1. Minum teh misai kucing 2 uncang dalam sehari.

2. Minum minyak kelapa dara satu sudu besar sekali atau dua kali dalam sehari.

3. Minum minyak zaitun satu sudu besar sekali dalam sehari tetapi jika sekiranya pesakit telah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlu ambil minyak zaitun. Pilih hanya salah satu daripada keduanya.

4. Minum cuka epal satu sudu besar selang sehari.

5. Mandi air suam.

6. Berendam dalam air suam pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam.

7. Ambil kapsul habatussauda.

8. Berbekam.

RAWATAN TRADISIONAL

1. biji nenas masak, lobak putih 250gm, 3 biji buah keras, blend semua bahan ni kemudian grind sampai halus. Tapis untuk ambil jus dan minum. Amalkan, gout akan sembuh dan takkan berulang kembali, InsyaAllah. Bila gout sudah sembuh, hanya perlu minum sekali dalam setahun.

2. Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Rebus bersama dengan kaki ayam (bukan kaki ayam kampung) untuk buat sup kemudian minum sup dan makan kaki ayam.

3. Rebus kulit kentang dengan air untuk di jadikan extract kulit kentang kemudian minum.

4. Ambil sekeping kaktus, kupas dan ambil isinya. Bungkus isi kaktus dalam daun pisang kemudian panaskan atas api sederhana besar selama 5 minit, sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian sakit. Amalkan setiap hari.

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *