Khasiat Buah Tembikai

By | September 10, 2018

buah tembikai

 

Tembikai bersifat sejuk pada permulaan tahap yang kedua, dan basah pada akhir tahap yang kedua. Namun, biji tembikai yang dikeringkan tidak lagi bersifat membasahkan, sebaliknya bersifat mengeringkan pada tahap yang pertama. Akar tembikai pula bersifat mengeringkan.

Ciri Khusus:

Tembikai yang masak bersifat lembut, manakala yang putik pula bersifat tebal. Sifat tembikai putik adalah sama dengan sifat mentimun Mesir, termasuk dari sudut sifat membukakan. Humor yang dihasilkan oleh asparagus adalah lebih baik daripada humor yang dihasilkan oleh semua jenis tembikai. Isi tembikai, khususnya biji tembikai bersifat mematangkan dan menanggalkan. Tembikai masak dan putik masing-masing bersifat menanggalkan. Dalam hal ini, biji tembikai lebih kuat bersifat menanggalkan (berbanding isi tembikai).

Ketika berada di dalam gaster (perut), tembikai akan berubah kepada mana-mana humor yang sesuai (dengan tubuh badan). Namum, tembikai lebih cenderung berubah kepada humor Kahak berbanding humor Hempedu Kuning, apatah lagi humor Hempedu Hitam. Berbanding tembikai, asparagus tidak cepat berubah kepada humor.

Khasiat Tembikai secara khusus :

  • Merawat Masalah Mata.

Kulit tembikai yang dilekatkan di dahi sangat berfungsi menghalang pengaliran nawazil ke arah mata.

  • Merawat Masalah Perut.

Tembikai, khususnya akar tembikai boleh merangsang muntah. Dalam hal ini, meminum 2 dirham akar tembikai bersama arak boleh merangsang muntah dengan begitu mudah sekali. Sebaliknya, jika tembikai gagal dihadamkan dengan baik, seseorang itu boleh mengalami cirit-birit.

Berbeza dengan tembikai, asparagus lambat dihadamkan, kecuali jika dimakan bersama bahagian tengah asparagus. Nutrien daripada asparagus pula lebih elok, dan humor daripada asparagus pula lebih sesuai. Setelah memakan asparagus, seseorang itu mestilah mengambil makanan yang lain selepas itu.

Bagi tembikai pula, jika seseorang itu tidak mengambil makanan yang lain selepas memakan tembikai, ia akan mengalami rasa loya dan muntah. Oleh itu, pengambilan tembikai hendaklah diiringi dengan meminum sakanjabin yang telah dipanaskan, damar kundur, atau jem halia yang telah dibasahkan, dan meminum arak selasih yang lama.

  • Merawat Masalah Perkumuhan.

Tembikai bersifat diuretik, sama ada tembikai masak mahu pun putik. Oleh itu, tembikai baik untuk batu karang di dalam buat pinggang dan pundi air kencing, iaitu jika batu karang tersebut bersaiz kecil, terutamanya batu karang buah pinggang. Sebaliknya, asparagus kurang bersifat diuretik (berbanding tembikai), tetapi bersifat lebih manis dan lebih cepat menurun (ke usus), lebih-lebih lagi asparagus yang lembut.

 

Kelebihan Tembikai Secara Umum :

  • Menambah Imun Dalam Badan.

Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam buah tembikai didapati dapat membantu system imun dalam badan, memendekkan tempoh berlakunya penyakit dan juga membantu tubuh badan melawan penyakit jantung dan kanser.

  • Membantu Kesihatan Jantung.

Kajian menunjukkan yang pengambilan potassium daripada buah-buahan dan juga sayur-sayuran mampu untuk menurunkan kesan darah tinggi dalam tubuh badan orang dewasa. Ini secara tidak langsung dapat merendahkan risiko strok dan juga penyakit jantung.

  •  Melegakan Sakit Pada Otot.

Tembikai mengandungi Vitamin C yang diketahui mampu untuk melindungi tulang dan rawan, menyembuhkan tendon dan ligament, dan juga mempercepatkan proses penyembuhan luka dan tisu parut.

Tembikai adalah salah satu diuretic semulajadi, yang membantu membuang segala sisa melalui penambahan pengeluaran air kencing. Dalam pada minuman berkafein berfungsi sebagai diuretic, ia membebankan fungsi buah pinggang, tetapi tembikai tidak.

  • Membantu Proses Detoks.

Kandungan tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi (91 peratus) Memakan buah dan sayur yang mempunyai kandungan air yang tinggi membantu tubuh badan membuang toksin dan mengelakkan badan daripada menyimpan air yang berlebihan. Ia seterusnya melegakan perut kembung dan lebam.

Buah tembikai juga terkenal sebagai sumber antioksidan Vitamin A dan Vitamin C, di mana keduanya membantu melawan radikal dan menghalang DNA dari terus berkembang secara tidak selamat. Perkembangan DNA secara tidak selamat ini berpotensi membentuk tumor kanser.

  • Melindungi Kesihatan Kulit.

Kajian turut menunjukkan yang kandungan antioksidan Vitamin A dan Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan kulit terutamanya bagi mereka yang telah berumur.

  • Merangsang Kesihatan Mata.

Tembikai mengandungi Beta Karotena, dalam bentuk Vitamin A yang ditemui dalam tumbuh-tumbuhan. Ia sangat penting untuk mengelakkan kerosakan retina mata yang menyebabkan kehilangan penglihatan

  • Membantu Menurunkan Berat Badan.

Tembikai mengandungi Kandungan kalori yang sangat rendah disebabkan oleh kandungan air yang tinggi Walaupun begitu, ia mengandungi nutrien yang penting. Dengan hanya 40 kalori bagi setiap cawan tembikai, ia adalah bahan kudapan terbaik atau bahan tambahan kepada jus yang menyihatkan.

  • Mengurangkan Pedih Ulu Hati.

Tembikai dapat membantu melegakan saluran usus dalam perut dan menyeimbangkan tahap pH dalam perut. Ianya dilakukan dengan mengurangkan keradangan dan penghasilan asid dalam badan.

rujukan buku Ibnu Sina

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *