Kesan Pada Kulit Selepas Berbekam

By | April 26, 2018

 

Hasil diagnosis daripada bekam dapat dilihat daripada warna pigmen kulit setelah pembekaman dilakukan. Dalam buku “Canon of Internal Medicine” menyatakan, “Keadaan organ dalaman dapat diketahui dengan cara memerhatikan gejala-gejala luaran dan tanda-tanda fizikal, sehingga penyakit dapat dikesan”.

Kesan-kesan yang boleh dilihat selepas bekam:

  • Bekas bekam yang timbul berwarna merah cerah, biasanya ini menunjukkan peredaran darah yang baik.
  • Bekas bekam yang timbul berwarna merah gelap, ini memberi petunjuk keadaan lemak di dalam darah yang tinggi dan peredaran darah kurang baik.
  • Bekas bekam yang timbul berwarna ungu kegelapan atau hitam. Pada umumnya keadaan ini memberi petunjuk kekurangan pembekal darah dan pembuluh darah tidak lancar yang disertai bersama-sama darah beku, peredaran darah sangat lemah.
  • Bekas bekam yang timbul dilihat berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan tahap warna yang berbeza darah beku, darah bertoksin yang tersekat.
  • Bekas bekam yang timbul berwarna ungu akan disertai dengan plaque (bercak-bercak), pada umumnya hal ini menandakan terjadinya gangguan atau kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah beku.
  • Adanya lepuhan/lecur pada bekas bekam (blister), menggambarkan keadaan gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada lepuhan merupakan reaksi gas panas toksin.
  • Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat atau putih dan tidak hangat ketika disentuh, ini memberi petunjuk terjadinya sejuk (cold).

Begitu juga, sekiranya muncul wap air pada dinding bahagian dalam gelas bekam, ini menandakan adanya gas-gas patogen pada kawasan tersebut.

 

Kesan-kesan Pada Kulit Selepas Bekam Menurut Pandangan Sains

Ketika tekanan negatif (penyedutan) dikenakan kpd permukaan kulit selama 3-5 minit, tindakbalas biokimia yg berlaku menyebabkan peningkatan kadar tapisan dan dan kebolehtembusan dinding² kapilari (pori² dinding kapilari melebar), membolehkan sejumlah cecair mengandungi bahan² punca penyakit (CPS) seperti mediator² radang, buangan metabolik (asid urik, kreatinin, kolesterol dll), auto antibodi, radikal bebas dsbnya diasingkan dan dikumpul bersama cecair interstitial di ruang antara sel (interstitial).

Pengumpulan sejumlah cecair ini boleh kita lihat melalui permukaan kulit yg membenjol. Namun harus diingat pada ketika ini juga sejumlah kapilari pecah dan membebaskan sejumlah darah ke dalam ruang interstitial. Darah ini termasuklah sel² darah merah akan kehabisan oksigen lalu mati menjadi bangkai. Pengumpulan sel² darah merah yg mati di celah² tisu ini boleh kita lihat melalui warna permukaan kulit yg disedut bertukar merah gelap atau kehitaman.

Anda tidak perlu risau akan kesan penyedutan itu sbb ada manfaat kesihatan di sebalik tanda “jelek” berkenaan. Sel² darah merah yg mati akan ditelan dan dihadam oleh macrophage (sejenis sel darah putih). Proses ini menyebabkan terhasilnya sejenis enzim iaitu HO-1(Heme Oxygenase 1) di mana ia akan digunakan utk menguraikan “heme”(molekul yg mengandungi zat besi yg membolehkan sel darah merah mengangkut oksigen) yg terdapat di dalamnya.

Hasilnya terbentuklah biliverdin, bilirubin, carbon monoksida dll yg mempunyai kesan² antiradang, antioksida dan antiproliferatif yg boleh menyumbang kpd kawalan atau pencegahan penyakit kanser atau penyakit berkaitan radang selain faedah² terapeutik yg pelbagai seperti pembentukan pembuluh² darah baru (angiogenesis), pengaktifan fibroblast yg merembes lebih kolagen & elastin utk ketegangan atau kecantikan kulit dan sebagainya.

——————————————————–

Ref:

Complementary Therapies in Clinical Practice: Volume 29, November 2017, Pages 162-168

Products of heme oxygenase and their potential therapeutic applications.
Review article
Kirkby KA, et al. Am J Physiol Renal Physiol. 2006.

Heme Oxygenase-1 and Carbon Monoxide Promote Burkholderia pseudomallei Infection.
Stolt C, et al. J Immunol. 2016.

Targeting heme oxygenase-1 and carbon monoxide for therapeutic modulation of inflammation.
Review article

Ryter SW, et al. Transl Res. 2016.
Percutaneous excretion of iron and ferritin (through Al-hijamah) as a novel treatment for iron overload in beta-thalassemia major, hemochromatosis and sideroblastic anemia.

El Sayed SM, et al. Med Hypotheses. 2014.
Heme oxygenase-1 and carbon monoxide: emerging therapeutic targets in inflammation and allergy.
Review article

Pae HO, et al. Recent Pat Inflamm Allergy Drug Discov. 2008.

Medic Sabri

Sekadar berkongsi, harap bermanfaat!

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *