Keberkesanan Bekam Terhadap Gangguan Panik

By | November 14, 2020
gangguan panik

Panic disorder atau gangguan panik adalah satu bentuk gangguan kegelisahan (anxiety) yang ditandai dengan beberapa siri serangan panik yang tidak dijangka. Serangan panik adalah satu tempoh ketakutan yg melampau yang disertai dengan gejala² seperti palpitasi (degup jantung laju), berpeluh, menggigil, sesak nafas, kebas dan merasa seolah² ada sesuatu yang teruk akan berlaku.

Stress akibat kematian orang tersayang, hilang pekerjaan, bercerai dengan suami/isteri dsbnya adalah antara contoh faktor pencetus utama gangguan atau serangan panik selain akibat kondisi medikal dan fizikal. Secara biologi, peningkatan plasma Nisfatin-1 (Yasin et al 2010) & penyerapan semula serotonin & norephineprine (Eduard et al 2006) ke dalam sel² otak mempunyai kaitan dengan gangguan panik .

Rawatan moden adalah dengan SSRi & SRNi yg berfungsi menghalang penyerapan semula Serotonin & Norephinephrine ke dalam sel² otak.

Bekam (hijama) juga menunjukkan kesan yg positif terhadap gangguan panik. Terdapat satu laporan kes ditulis oleh Ali et al 2018 di Asian Journal of Traditional, Complementary and Alternative Medicines. Seorang lelaki berusia 39 tahun, pengidap Panic Disorder menjalani terapi bekam (hijama) sebanyak 7 sesi.

Selepas sesi pertama bekam, simtom gangguan panik berkurangan dan beliau menghentikan pengambilan ubatan (Sertraline) 15 hari kemudian tanpa sebarang masalah sehingga selesai 7 sesi terapi bekam. Kajian lanjut & berkualiti tinggi dengan penglibatan lebih ramai pesakit “panic disorder” amat diperlukan untuk mengesahkan keberkesanan terapi bekam dalam mengawal gangguan ini.

Poin² cadangan: puncak kepala (GV20), kahil (C7) dan poin ginjal selain zucanli & sanyinjiao. Kemungkinan mekanisme bekam dalam kes ini adalah untuk menyingkirkan lebihan plasma Nisfatin-1 & cortisol, “menghalang” penyerapan semula serotonin & noradrenaline ke dalam neuron selain mengadakan kesan relaksasi akibat pelepasan hormon endorphin kepada reseptor opiod dan pelepasan nitric oxide yang mengembangkan pembuluh² darah.

Sabre Othman

Ref:

1. The Effect of Wet Cupping Therapy on A Patient Diagnosed with Panic Disorder
Ali Ramazan Benli, Didem Sunay
Asian Journal of Traditional, Complementary and Alternative Medicines 1 (1-2), 27-31, 2018

2. Panic disorder
Peter P Roy-Byrne, Michelle G Craske, Murray B Stein: The Lancet 368 (9540), 1023-1032, 2006

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *