Fakta Tentang Saluran Darah Kapilari

By | Disember 4, 2017

salur darah kapilariKapilari merupakan saluran darah yang menghubungkan antara saluran darah arteri dan vena. Perlu diketahui bahawa kapilari menyumbangkan 90% daripada jumlah panjang saluran darah manusia iaitu 90,000km !!!

Keluasan keseluruhan kapilari adalah bersamaan dengan 3 buah gelanggang tenis 20% daripada jumlah darah didalam badan manusia adalah berada didalam saluran kapilari ini iaitu dibawah permukaan kulit. ( 5% semasa dalam keadaan rehat ) Dianggarkan bahawa badan kita mempunyai sebanyak 10 billion. Tidak seperti salur darah arteri dan vena.

Kapilari tidak ada saraf, dan tidak ada otot licin. Kapilari hanya berdiameter antara 5 hingga 8µm ( lebih kecil daripada sehelai rambut kita ). Dengan saiznya yang begitu kecil, hanya satu sel darah merah sahaja yang mampu melaluinya untuk satu satu masa. Dinding endotheliumnya yang nipis dan licin ini membantu proses filtrasi air dan bahan larut didalam plasma.

Sistem Dinamik Kapilari

Untuk memahami sistem yang dinamik didalam kapilari, kita perlu tahu tentang dua tekanan yang memainkan peranan iaitu tekanan onkotik dan tekanan hidrostatik.

Tekanan onkotik ialah salah satu bentuk tekanan osmosis. Tekanan ini dihasilkan oleh protein didalam plasma darah yang cenderung untuk menarik air kedalam saluran darah.

Jika berlaku kehilangan protein didalam plasma darah seperti proteinuria atau kes malnutrisi yang teruk, tekanan onkotik akan berkurangan dan menyebabkan kurangnya air akan diserap kedalam kapilari.

Keadaan ini menyebabkan berlaku pengumpulan cecair didalam tisu (edema)

Tekanan hidrostatik ialah tekanan yang dihasilkan akibat daripada pengepaman jantung. Tekanan ini menyebabkan filtrasi keluar daripada kapilari berlaku apabila tekanan hidrostatik melebihi tekanan onkotik kapilari.

Filtrasi : Tekanan hidrostatik > Tekanan Onkotik

Secara amnya, tekanan yang berlaku adalah seperti berikut:

Tekanan hidrostatik di penghujung arteri kapilari : 33mmHg

Tekanan hidrostatik di penghujung vena kapilari : 13mmHg

Tekanan onkotik kapilari .

Apa Yang Berlaku Semasa Proses Berbekam

Kita tahu bahawa tekanan hidrostatik pada bahagian penghujung arteri kapilari ialah 33mmHg manakala tekanan hidrostatiknya semakin berkurang di penghujung vena kapilari iaitu 13mmHg. Dan tekanan onkotik pada sepanjang bahagian kapilari pula ialah 20mmHg

Ini menyebabkan berlaku :

  1. Proses filtrasi dibahagian penghujung arteri kapilari iaitu 13mmHg keluar ke bahagian tisu (tekanan hidrostatik 33mmHg – tekanan osmotik 20mmHg )
  2.  Tiada sebarang filtrasi sepanjang kapilari
  3. Tekanan hidrostatik kedalam penghujung vena kapilari iaitu 7mmHg ( 20mmHg tekanan onkotik – 13mmHg tekanan hidrostatik )
  4. Apa yang berlaku semasa proses bekam dibuat ialah, satu tekanan negatif telah diwujudkan didalam ruang cawan bekam tersebut iaitu sekitar -150mmHg hinggalah -420mmHg. Tekanan negatif ini sememangnya cukup kuat kerana ia mampu menolak air sejauh 2 meter hingga 6 meter.
  5. Dan tekanan negatif ini telah memberi kesan kepada tekanan hidrostatik pada penghujung arteri kapilari dan juga pada penghujung vena kapilari dimana berlaku filtrasi keluar lebih tinggi pada bahagian hujung kapilari arteri ( 163mmHg -433mmHg ) dan juga filtrasi keluar pada penghujung vena kapilari iaitu ( 143mmHg – 413mmHg ).

Hasil daripada tindakan ini berlakulah pengeluaran darah yang mengandungi toksin dan bahan penyebab kesan patologi (zat besi, ferritin dan juga sel sel darah merah yang telah rosak.)

Kepentingan Kapilari Untuk Proses Detoksifikasi

Seperti yang kita ketahui, kapilari amat penting kerana disinilah sel sel badan mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.

Disini juga berlaku dimana sel sel badan mengeluarkan toksin dan menyingkirkannya kedalam kapilari sebelum diangkut ke organ organ detoks seperti hati dan buah pinggang untuk proses detoksifikasi.

Badan kita menyimpan toksin lebihan didalam tisu lemak, tisu otot dan juga tisu tulang. Semasa kita bersenam, tisu tisu ini akan melepaskan toksin tersebut kedalam kapilari.

Yang akan menjadi masalah ialah apabila badan kita mengandungi toksin yang terlalu banyak dan tidak dapat dibuang melalui kapilari disebabkan aliran darah tidak mencukupi ke kapilari dan toksin tidak dapat dibuang dengan efisien

Disinilah dimana proses berbekam dapat membantu mengeluarkan lebihan toksin tersebut melalui kulit.

 

Sharing is Caring
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *