Darah Membeku Dalam Cawan Bekam

By | Disember 20, 2017

darah beku

Kenapa “darah kotor” yang disedut keluar daripada badan membeku di dalam cawan bekam beberapa minit kemudian? Betulkah ia adalah sebahagian daripada “darah beku” yang berjaya dikeluarkan daripada dalam badan atau oleh sebab “darah kotor” itu mengandungi kuman dan racun maka ia akhirnya membeku? jadi

Apa penyebab darah menjadi beku?

Sebenarnya dalam apa jua situasi pun, jika darah terkeluar daripada badan dan darah itu dikumpul di dalam bekas ia pasti akan membeku. Pembekuan ini bukanlah disebabkan oleh kerana ada kotoran, toksin atau kuman di dalamnya. Tetapi fenomena ini adalah disebabkan oleh kehadiran Platelet (sel darah beku), Protein Faktor Pembekuan dan Fibrin yang juga keluar dan disedut bersama sel darah merah daripada kapilari yang bocor (ditusuk jarum) yang dikumpul di dalam cawan bekam.

Faktor tekanan negatif dan bentuk cawan bekam juga mempengaruhi bentuk ” darah kotor” yang membeku pada permukaan kulit.

“Darah kotor” yang membeku selepas lebih kurang 3-5 minit di dlm cawan bekam ini juga berwarna merah kehitaman. Warna merah kehitaman itu juga tidak bermakna bahawa ia disebabkan oleh kehadiran kuman atau toksin di dalamnya (walaupun memang terdapat toksin, kuman, sel² darah merah mati dll di dalamnya).

Hakikatnya ketika proses tusukan jarum ke atas permukaan kulit dilakukan , sejumlah sel darah merah terang (tinggi oksigen) yang memberi kesan warna merah kepada cecair yang lain telahpun mati atau rosak akibat daripada kehilangan oksigen dan bertukar warna kepada merah kegelapan.

Faktor tekanan negatif iaitu ruang tanpa udara juga sedikit sebanyak mempengaruhi kematian sel² darah merah dan warna sejumlah cecair di dalam cawan bekam.

Kesimpulannya, darah beku merah kehitaman bukanlah disebabkan oleh “darah kotor” yang mengandungi kuman dan toksin semata-mata tetapi ia adalah disebabkan kehadiran faktor pembekuan (platelet & fibrin) dan sel² darah merah yang mati di dalam cawan bekam tanpa udara.

 

 

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *