Category Archives: Penyakit

Mekanisma Bekam Dalam Mengawal Strok

Strok adalah tentang kematian sejumlah sel² otak yang disebabkan oleh kekurangan oksigen samada akibat halangan aliran darah (ischemic) atau pembuluh darah arteri otak pecah (haemorrhage). Ia biasanya ditandai dengan kehilangan percakapan, kelemahan atau kelumpuhan salah satu sisi tubuh, samada kanan atau kiri. Ia juga dikenali sebagai “kemalangan kardiovaskular”. Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi,… Read More »

Apa Itu Kolesterol

Kolesterol ialah bahan semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh. Ia mempunyai pelbagai ‘tugas’ seperti penghasilan hormon, fungsi otak, saraf, penghasilan vitamin D, keanjalan kulit dan fungsi-fungsi sel yang lain. Kolesterol tidak berbahaya jika tidak berlaku keradangan kronik. Keradangan merupakan punca utama masalah arteriosklerosis yang mana saluran darah menjadi keras dan tidak lagi elastik. Berdasarkan kajian terkini, keradangan merupakan… Read More »

Penyakit Jantung dan Jenis-jenisnya

Tugas semua organ dan sistem dalaman bergantung kepada peredaran darah. Apakah sebenarnya peredaran darah? Ia adalah bekalan oksigen dan nutrien, juga penyingkiran karbon dioksida dan bahan buangan daripada metabolisma di dalam organ dalaman. Semasa kecil, remaja dan ketika muda, seseorang bergerak aktif, salur darah masih muda, elastik dan bersih ketika itu – nutrisi bagi semua organ adalah yang… Read More »

Apakah Itu Gangguan Jin

Ramai pesakit-pesakit yang alami gangguan jin seperti sihir saka dan sebagainya merasa pelik, tertanya-tanya kenapa mereka mengalami gangguan jin. Ada sesetengah pesakit langsung tidak percaya pada perkara-perkara berkaitan gangguan jin, ada juga yang menafikan mereka diganggu jin kerana dizaman moden ini tiada lagi masalah berkaitan gangguan. Sebagai manusia kita wajib percaya perkara ghaib iaitu jin. Cuma jangan terlalu… Read More »

Penyakit Strok dan Angin Ahmar

Strok atau angin ahmar adalah satu keadaan yang mana terdapat bahagian otak yang terjejas disebabkan oleh gangguan terhadap bekalan normal darahnya. Ini mungkin terjadi dari penyumbatan dalam salur darah yang menghentikan pengaliran darah ke tisu otak. Jika keadaan ini dikenal pasti pada tahap awal dan perawatan di hospital ada tersedia, rawatan perubatan boleh melarutkan dan menghilangkan persumbatan tersebut,… Read More »

Penyakit Resdung dan Puncanya

Sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara & permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus). Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam… Read More »

Bagaimana Bekam Boleh Mencegah Strok

  Strok Terbahagi Kepada Dua: 1. Strok Iskemik.2. Strok Hemoragik. Strok Iskemik Terjadi bila salur darah yang mula menyempit oleh timbunan lemak, kolestrol dan bendasing yang mula menempel yang akhirnya menyumbat terus laluan darah ke saluran darah yang lebih halus untuk ke bahagian tertentu otak samada kiri atau kanan. Sumbatan juga boleh berlaku akibat kehadiran darah beku di… Read More »

Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi

Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Tekanan darah tinggi bukan satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan macam-macan bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini. Kalau tekanan darah tinggi itu merupakan satu penyakit… Read More »

Cara Bekam Mengatasi Keradangan

Keupayaan tubuh untuk perlindungan diri, tujuannya untuk menghilangkan rangsangan merbahaya, termasuk sel-sel rosak, irritasi atau patogen dan memulai proses penyembuhan. Inflamasi adalah sebahagian daripada tindakbalas sistem imunisasi tubuh. PENYEBAB-PENYEBAB RADANG Radang Akut berlaku dgn cepat dan teruk. Gejala boleh ada dlm beberapa hari atau beberapa minggu. Cth: bronkitis akut, tonsilitis akut, sinusitis akut, luka di kulit (spt luka… Read More »

Bagaimana Buah Pinggang Boleh Rosak

  Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang. Di tebuk perut untuk ‘Peritoneal dialysis’. Di operate utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali untuk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah, susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain. Bila tengok… Read More »