Teori Taibah

Apabila berlaku penyedutan atau vakum pada lokasi tertentu pada tubuh, maka berlakulah proses tarikan negatif atau “Boyle’s Law”.

Menurut teori Taibah, tekanan negatif yang dikenakan kepada permukaan kulit begitu mendatangkan kesan mendalam kepada pembuluh-pembuluh darah kapilari di bawahnya sehingga berlaku peningkatan ketara pada tahap kebolehtembusan dinding-dinding pembuluh darah kapilari, membolehkan sel-sel darah rosak dan agen-agen punca penyakit (CPS) melaluinya dan berkumpul pada tisu-tisu di bawah kulit (dermis).

Ketika tusukan jarum atau sayatan pisau dikenakan pada kulit yang telah dikenakan tekanan negatif, ‘darah kotor’ pun keluar dan disedut semula ke dalam cawan bekam.

Teori Taibah juga mengaitkan mekanisme pembersihan ini seperti organ ginjal yang menyingkirkan bahan2 kumuh seperti urea, amonia, kreatinin, asid urik, potasium, bahan-bahan kimia dan sebagainya.

Bagaimanapun bekam menurut teori ini melakukan lebih daripada yang mampu dilakukan oleh ginjal kerana ia juga menyingkirkan sel-sel darah rosak & agen-agen punca penyakit seperti lebihan gula, garam, lemak, potasium, kolesterol, asid urik, air, bakteria dan sebagainya.

Dengan keluarnya sejumlah bahan-bahan itu, ia amat diyakini boleh memacu kepada kelancaran aliran darah bersih yang kaya dengan oksigen, nutrien, antibodi dan zat-zat lain di dalam sistem sirkulasi sekaligus menyumbang kepada peningkatan sistem pertahanan badan dan membantu proses penyembuhan penyakit atau kecederaan.

bekam

TAIBA THEORY :

  • Apabila bekam yang dilakukan menghasilkan negative pressure (vakum) yang menghasilkan perubahan pada fisiologi kulit.
  • Negative pressure (vakum) menarik molekul dan partikel rosak/ sel mati yang bersaiz kecil melalui liang roma ke tempat bekam yang boleh keluar merentas permukaan kulit.
  • Berlaku pengumpulan sel-sel mati/ rosak/ Causative Pathalogical Subtance (CPS) di kawasan bekam.
  • CPS boleh dikeluarkan melalui liang roma atau sayatan/tusukan di tempat bekam.
  • Berlaku pengurangan CPS di kawasan terlibat dan sistem imun badan akan bertindak untuk proses penyembuahn penyakit.
  • Manakala partikel yang baik/normal (bersaiz besar) tidak boleh merentasi kawasan kulit.

 

 

Sharing is Caring
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *