Bagaimana Bekam Berfungsi?

Mari kita lihat fasa-fasa yang terlibat dalam tatacara rawatan bekam.

Selepas memahami punca masalah kesihatan pesakit, titik-titik bekam berkesan perlu dikenalpasti. kulit pada titik berkenaan akan disapu dengan Antiseptik (pembasmi kuman) & diberikan tekanan negatif (cawan bekam disedut udaranya) selama 5-7 minit mengakibatkan ia membengkak dan berubah warna (merah kehitaman) kesan daripada pengumpulan sejumlah cecair yang mengandungi “darah toksid” & agen punca penyakit di bawah kulit.

Selepas itu beberapa tusukan jarum halus akan dikenakan keatas kulit pada titik berkenaan untuk mengeluarkan sejumlah cecair kotor kemerahan. Oleh kerana “darah kotor” yang keluar agak perlahan, tekanan negatif (sedutan kedua- 5 minit) dikenakan sekali lagi keatas permukaan kulit yang dilukai untuk melancarkan pengeluaran “darah kotor” & mengumpulnya di dalam cawan bekam sebelum dibersihkan.

Tusukan hujung jarum cuma menembusi lapisan kulit kedua sahaja (dermis) iaitu di bahagian yang terdapat banyak kapilari (pembuluh-pembuluh darah halus) dan hujung saraf sensori.

Ia jauh daripada menusuk pembuluh darah utama arteri atau vena. Selain menyingkir sejumlah “darah kotor” & agen punca penyakit, merangsang organ dalaman & melonggarkan ketegangan/membuka pelekatan otot, bekam juga merangsang pengeluaran hormon-hormon tertentu seperti Endorphin yang bertindak mengurangkan kesakitan, pelepasan gas Nitric Oxide (no) pada dinding dalam pembuluh darah yang menyebabkan pelebaran saiz (dilatasi) pembuluh darah (membantu menurunkan tekanan darah), melepaskan zat-zat yang belum diketahui dan sebagainya.

Kesakitan yang sedikit atau mungkin lebih sedikit sakit ketika jarum ditusuk ke permukaan kulit tapi amat berbaloi dengan kesan terapeutik yang ditinggalkan kepada tubuh secara keseluruhannya.

bekam

bekam