Bekam Berkesan Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

By | November 20, 2017

Bekam Berkesan Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Bekam adalah salah satu daripada rawatan alternatif yang terdapat di Malaysia. Rawatan yang berasal dari timur tengah ini telah wujud beribu tahun  lagi. Bekam juga antara perkara yang disebut secara jelas dalam hadis Rasullullah S.A.W yang mafhumnya:

“ Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.” (Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas)

Apa itu sebenarnya berbekam?

Berbekam adalah satu proses sedutan melalui kulit dengan menggunakan cawan bekam. Terdapat 2 jenis bekam iaitu bekam basah dan bekam kering. Berbekam juga dipercayai mampu untuk membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit.

Apa itu bekam kering?

Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, berbekam dengan cara ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa kesakitan di bahagian sendi atau pinggang. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari selepas berbekam.

Apa itu bekam Basah?

Bekam basah adalah kaedah berbekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum atau pisau kecil yang disterilkan. Kemudian darah  kotor disedut melalui luka tersebut dengan menggunakan cawan sedutan dan pam tangan. Kebiasaannya proses ini dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh melebihi 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.

Kajian Tentang Kebaikan Berbekam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *