Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi

By | Ogos 16, 2018

tekanan darah tinggi

Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Tekanan darah tinggi bukan satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan macam-macan bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini.

Kalau tekanan darah tinggi itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, tekanan darah tinggi tidak menjangkit! Tekanan darah tinggi bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat hipertensi yang doktor bagi itu?

Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit tekanan darah tinggi:

Diuretic – Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk kurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan darah.

Vasodilator – Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.

Alpha Blocker- Ubut jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.

ACEs Inhibitor – Ubat jenis ini memberhentikan penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.

Untuk tujuan pengawalan semasa tekanan darah anda menjadi tinggi, anda memang perlu ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan tekanan darah, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan kesan-kesan sampingan yang jarang diberitahu.

Antara kesan-kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubat hipertensi adalah:

Memori Lemah – Anda perasan tak? Sejak anda mula mengambil ubat-ubat hipertensi, daya ingatan anda semakin merosot. Anda kerap lupa dimana anda letak kunci kereta atau perkara-perkara yang baru berlaku tidak lama.

Letih dan lesu – Ramai pesakit hipertensi kerap rasa letih dan lesu, mereka rasa tiada “Ohhm…!” untuk melaksanakan kegiatan harian. Malah, terdapat juga orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami sakit kepala.

Emotional- Anda sendiri mungkin tidak perasan tentang perubahan ini. Sila tanya ahli keluarga yang telah lama hidup bersama anda, adakah anda telah menjadi senang marah dan ‘moody’ sejak kebelakangan ini.

Jadi, lain kali sebelum anda terima sebarang ubat atau suntikan daripada doktor, anda patut tanya pada beliau, apakah kesan sampingan ubat tersebut jika diambil berterusan buat jangka masa yang panjang? Adakah bahan-bahan kimia di dalam pil-pil ubat itu akan menyebabkan kegagalan buah pinggang jika kerap digunakan? Kenapa ‘dosage’ ubat tersebut menjadi semakin tinggi dan kenapa tekanan darah tidak nampaknya berkurangan pun?

Sila minta beliau bagi jawapan yang jujur dan ikhlas, ia merupakan hak asasi anda untuk ketahui kebenarannya.

Peringkat – peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap.

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk.

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama.

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seks anda.

Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain.

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.

Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur.

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin buta.

Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir…

Strok & Serangan Sakit Jantung

Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir…

Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?

Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku, dua keadaan perlu wujud:

1.) Agen Pengoksidaan
2.) LDL (Low Density Lipoprotein) – Kolesterol Jahat

Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk ke dalam dinding saluran darah.

Kini anda sudah dapat satu gambaran yang jelas mengenai cara pembentukan plak-plak yang menyebabkan pengerasan saluran darah dan penyempitan ruang saluran darah yang menimbulkan masalah tekanan darah tinggi. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan terjadi.

Pengelakan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi mungkin boleh mengurangkan pembentukan plak baru, tetapi ia tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.

Jangan tunggu sampai saluran sudah sempit baru bertindak. Operasi pembedahan seperti Balloon dan By-Pass cuma merupakan rawatan kecemasan yang sementara. Plak-plak baru akan terbentuk dan anda tidak tahu bila serangan seterusnya akan berlaku. Bukan setiap kali pun begitu nasib baik…

Mengenalpasti Akar Umbi Masalah Dulu

Sekarang kita sudah tahu bahawa masalah tekanan darah tinggi ini berpunca daripada dua faktor, iaitu:

1.) Pengoksidaan, dan
2.) Kolesterol LDL (Lemak Jahat)

Jadi, dengan fokus pada melawan kedua-dua faktor ini dalam badan, bukan sahaja anda boleh mengelakkan plak-plak baru daripada terbentuk, malah plak-plak lama yang telah terbentuk turut boleh “dilarutkan” dan akhirnya mengembalikan keadaan semulajadi saluran darah yang sihat.

Bacaan Tekanan darah

bacaan tekanan darah

 

Tekanan darah normal berdasarkan usia

 

carta tekanan darah

 

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *