Bagaimana Buah Pinggang Boleh Rosak

buah pinggang rosak

Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang. Di tebuk perut untuk ‘Peritoneal dialysis’. Di operate utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali untuk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah, susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain.

Bila tengok orang, tak berapa rasa, tapi kalau berlaku pada ahli keluarga atau diri sendiri, barulah tahu – how they suffer. Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya. Saya juga tidak mahu ia berlaku pada keluarga & anda semua. It’s really PAINFUL. Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya.

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure (punca arwah pak mertua saya meninggal semalam) sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini.

Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yang mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba2lah syarikat2 pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable dialysis yang berkaitan untuk datang ‘melabur’ di Malaysia sebab pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai ‘lubuk’ untuk pelaburan yang sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini… Kenapa org Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ ‘vulnerable’ utk dapat sakit buah pinggang?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini. Dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.

Jawapannya… PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

Ya… pemakanan kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu banyak sumber ‘ANIMAL PROTEIN’.

Setiap hari kita makan 3 kali sehari… dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.

Akibat daripada tiga hidangan ‘Animal Protein’ setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya ‘malas’ nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu… “buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT”.

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialisis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi ‘bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini’ iaitu:

1. Kawal kadar gula dalam darah mereka.
2. Kawal pengambilan protein haiwan.

Cakap memang senang. Tapi bagaimana caranya?

Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan:

1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli).
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada ‘coconut sugar’. ‘Coconut sugar’ DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA (Gula Melaka, Gula Anau).

Kurangkan beban kidney dengan:

1. BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.

2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.

3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sebg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE.

Faktor2 yang merosakkan Buah Pinggang:

1. Kerap tahan kencing.
2. Kurang minum air.
3. Suka makan makanan masin.
4. Suka minum minuman bergas.
5. Kerap kena jangkitan ‘kencing kotor’ (urinary track infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6. Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid)
7. Kerap makan pil tahan sakit.
8. Merokok.
9. Obesiti.
10. Alkohol.
11. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.

KEBAIKAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW.

Buah pinggang kita  amanah Allah. Jgn jadikan ia sebahagian dari statistik pesakit buah pinggang kronik.

Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri? Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sebagai penyaring Sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum blm tentu 100% disteril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis kerana tertutup. Air yang tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yang dapat menyebabkan penyakit buah pinggang.

Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bagi umatnya.

– Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina

Bagaimana Buah Pinggang Boleh Rosak 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *