Bagaimana Bekam Boleh Mencegah Strok

By | September 13, 2018

strok

 

Strok Terbahagi Kepada Dua:

1. Strok Iskemik.
2. Strok Hemoragik.

  • Strok Iskemik

Terjadi bila salur darah yang mula menyempit oleh timbunan lemak, kolestrol dan bendasing yang mula menempel yang akhirnya menyumbat terus laluan darah ke saluran darah yang lebih halus untuk ke bahagian tertentu otak samada kiri atau kanan.

Sumbatan juga boleh berlaku akibat kehadiran darah beku di salah satu salur utama darah ke otak, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah (oksigen dan nutrien) akan terjejas serta rosak sel-selnya, ini akibatkan fungsi badan serta pemikiran akan pastinya juga terjejas.

Jika bahagian otak kiri yang tersekat bekalan darah oleh sumbatan, bahagian kanan tubuh badan yang akan “lumpuh” atau gagal berfungsi secara normal, sebaliknya jika bahagian otak kanan yg tidak sampai bekalan darah akibat sumbatan, bahagian kiri tubuh badan pastinya akan “lumpuh” atau tidak dapat berfungsi secara normal.

  • Strok Hemoragik

Terjadi bila salur darah ke otak mula melemah, rapuh, reput atau dijangkiti oleh penyakit, ini pada bila-bila masa boleh menyebabkan kebocoran darah ke seluruh bahagian otak terlibat, kebocoran atau salur darah pecah ini boleh berlaku secara tiba-tiba terutama dalam keadaan stress, tekanan darah yang tinggi mengejut ataupun bila penyempitan salur darah turut berlaku akibat pengumpulan lemak, kolestrol dan bendasing lainnya.

Jika salur darah sebelah kanan otak bocor @ pecah, darah akan tersebar ke kawasan otak sebelah kanan, darah membeku dan akhirnya merosakkan keseluruhan sel-sel otak sebelah kanan, ini akan menyebabkan fungsi badan sebelah kiri terjejas ataupun lumpuh.

Jika salur darah sebelah kiri otak pecah @ bocor, keseluruhan otak kiri akanj dipenuhi darah yang akhirnya membeku dan menyebabkan kerosakan sel sel otak sebelah kiri, ini pula akan menjejaskan fungsi badan sebelah kanan atau menyebabkan lumpuh.

Kalau kebocoran dan pendarahan berlaku serentak di otak kiri dan kanan atau terlalu teruk, maka keseluruhan fungsi badan akan terjejas, otak itu sendiri akan mengalami kerosakan besar dan akhirnya kematian bila keseluruhan atau sebahagian besar sel-sel otak mati.

Bagaimana Bekam Mencegah Strok?

Bekam darah atau Bekam Sunnah atau Wet Cupping ini telah dibuktikan secara amalan dan juga secara saintifik oleh pakar-pakar dan pengamal-pengamal dalam perubatan moden dan komplimentari dapat memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang besar kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya (pengecualian utk kes-kes tertentu yg tidak boleh berbekam seperti pesakit hemofilia).

Antara manfaat kesihatan yang diketahui ialah berbekam boleh membantu tubuh badan menyingkirkan sebahagian besar sel- sel darah mati, bahan bahan xenobiotik (toksin dan pelbagai kimia pencemar yang lain), kolestrol, lemak dan garam berlebihan.

Ada juga pendapat yang mengesahkan bekam boleh turut menyingkirkan unsur unsur metafizik (jin, saka, sihir) termasuklah dan bahan-bahan yang memasuki darah secara metafizik (serbuk kaca, miang buluh dll melalui santau) perkara-perkara metafizik ini sukar dibuktikan secara saintifik dan perakuan dan pandangan pakar dalam bidang ini diambilkira.

Jadinya berbalik kepada strok, melalui amalan berbekam akan dapat mencegah timbunan bahan-bahan lemak kolestrol dan bendasing pada salur darah termasuklah ke otak, maka ini boleh elakkan atau cegah strok jenis iskemik, melalui bekam juga, darah kotor seringkali dibersihkan keluar daripada salur darah.

Mengikut kajian, salah satu punca kerapuhan salur darah ialah daripada unsur-unsur garam yang berlebihan dalam badan berpunca daripada makanan dan pemakanan yang tinggi garam, kehadiran bahan-bahan toksik yang pelbagai dalam darah juga mengganggu proses penggantian sel-sel dinding salur darah secarai normal, ini akan juga mengakibatkan kerapuhan dinding salur darah yang akan memudahkan ianya bocor atau pecah, dalam kes ini bekam yang turut singkirkan toksin dan garam. wallahuaalam

Pertolongan Cemas Pada Strok

Orang yang kena Strok mendadak (jatuh bilik air dsb), pembuluh darah ke otak akan pecah sedikit demi sedikit. Ingat, untuk mengatasi hal ini janganlah gugup / panik. Jika mangsa berada di tempat kejadian seperti bilik mandi / bilik tidur / ruang tamu dan lain-lain. Jangan dipindah2kan ke tempat lain, kerana akan percepat pecahnya pembuluh darah, dan janganlah sampai dia terjatuh lagi.

Caranya adalah dengan mengeluarkan darah pesakit dengan menggunakan jarum yang telah dibakar / disteril yang kemudian ditusukkan ke hujung setiap jari masing2 sampai darahnya keluar 1-2 titis. Kalau darahnya tidak keluar boleh diurut sampai keluar, sesudah itu mangsa akan sedar selepas beberapa minit kemudian.

Jika pesakit mulutnya condong/herot, tariklah kedua cuping telinganya sampai merah dan langsung tusuk bahagian bawah daun telinga dengan jarum steril hingga darah keluar 1-2 titis. Selepas mangsa sedar dan mulutnya sudah pulih kembali, barulah dibawa ke doktor / hospital.

Biasanya orang yang terkena strok pembuluh darahnya akan lebih cepat pecah kerana goncangan dalam perjalanan ke hospital / doktor. Orang tersebut tidak dapat sedar kembali / pengsan dan biasanya akan kurang upaya / lumpuh. (Kita harus ingat mengeluarkan darah dari jari orang yg terkena STROK, maka kita sudah boleh menolong orang tsb dari penyakit STROK).

Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.





Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *