Bagaimana Bekam Berfungsi?

By | April 6, 2018
 

bekam

 

bekam

Mari kita lihat fasa-fasa yang terlibat dalam gerak kerja rawatan bekam.

Selepas memahami punca masalah kesihatan pesakit, titik-titik bekam berkesan perlu dikenalpasti. kulit pada titik berkenaan akan disapu dengan Antiseptik (pembasmi kuman) dan diberikan tekanan negatif (cawan bekam disedut udaranya) selama 5-7 minit mengakibatkan ia membengkak dan berubah warna (merah kehitaman) kesan daripada pengumpulan sejumlah cecair yang mengandungi “darah toksid” & agen punca penyakit di bawah kulit.

Selepas itu beberapa tusukan jarum halus akan dikenakan keatas kulit pada titik berkenaan untuk mengeluarkan sejumlah cecair kotor kemerahan. Oleh kerana “darah kotor” yang keluar agak perlahan, tekanan negatif (sedutan kedua- 5 minit) dikenakan sekali lagi keatas permukaan kulit yang dilukai untuk melancarkan pengeluaran “darah kotor” dan mengumpulnya di dalam cawan bekam sebelum dibersihkan.

Tusukan hujung jarum cuma menembusi lapisan kulit kedua sahaja (dermis) iaitu di bahagian yang terdapat banyak kapilari (pembuluh-pembuluh darah halus) dan hujung saraf sensori.

Ia jauh daripada menusuk pembuluh darah utama arteri atau vena. Selain menyingkir sejumlah “darah kotor” dan agen punca penyakit, merangsang organ dalaman dan melonggarkan ketegangan/membuka pelekatan otot, bekam juga merangsang pengeluaran hormon-hormon tertentu seperti Endorphin yang bertindak mengurangkan kesakitan, pelepasan gas Nitric Oxide (no) pada dinding dalam pembuluh darah yang menyebabkan pelebaran saiz (dilatasi) pembuluh darah (membantu menurunkan tekanan darah), melepaskan zat-zat yang belum diketahui dan sebagainya.

Kesakitan yang sedikit atau mungkin lebih sedikit sakit ketika jarum ditusuk ke permukaan kulit tapi amat berbaloi dengan kesan terapeutik yang ditinggalkan kepada tubuh secara keseluruhannya.

Bagaimana bekam boleh membantu penyembuhan sesuatu penyakit atau masalah kesihatan?

Kebanyakan penyakit atau masalah kesihatan berpunca daripada ketidaklancaran aliran darah (kurang bekalan darah) dan lebihan agen2 punca penyakit (CPS) di dalam badan.

Kekurangan bekalan darah ke sesuatu organ boleh disebabkan samada oleh penyempitan pembuluh2 darah akibatkan lapisan lemak pada dinding2nya atau halangan2 tertentu spt darah beku, gelembung2 udara, sel2 darah cacat/mati atau CPS. Peranan bekam di sini iaitu melalui tekanan negatif yg dihasilkan di dalam cawan bekam akan menarik ‘darah kotor’ (sel2 darah mati dan CPS) di dalam sistem peredaran darah ke bawah permukaan kulit sebelum keluar ke permukaan kulit melalui luka tusukan jarum atau sayatan pisau.

Kesan positif drp proses detoksifikasi ini ialah aliran darah menjadi lebih lancar & efisien dlm membantu mengembalikan fungsi normal sesuatu organ atau sistem.

Berikut adalah contoh penyakit akibat daripada kurangnya bekalan darah atau lebihan CPS di dalam badan:

1. Penyakit Jantung Iskemik/Penyakit Jantung Koronari.

Penyempitan/halangan pada pembuluh2 darah oleh lapisan lemak menyebabkan otot2 jantung kurang sihat dan tidak dpt mengepam darah ke seluruh badan dengan sempurna.

2. Penyakit darah tinggi.

Pembuluh2 darah menjadi sempit oleh lapisan lemak/kolesterol dan kurang anjal meningkatkan tekanan di dalamnya.

3. Gout.

Aliran darah kpd ginjal kurang menyebabkan ginjal kurang efisien menyingkir asid urik menyebabkan paras asid urik meningkat dan menyebabkan gout.

4. Kencing manis.

Kekurangan bekalan darah ke organ pankreas menyebabkan ia kurang efisien dlm menghasilkan hormon insulin dan menyebabkan penyakit kencing manis (kadar gula darah meningkat).

5. Kanser.

Kekurangan bekalan darah dan lebihan CPS spt bahan2 kimia tertentu menyebabkan sel2 dalam sesuatu organ menjadi tidak normal dan akibatkan kegagalan fungsi.

6.Dan banyak lagi.

Kesimpulannya, bekam pada titik2 yang tepat dan secara berperingkat (konsisten), pengambilan makanan2 tertentu dan amalan cara hidup sihat berterusan, inshaAllah boleh menjadi kombinasi yang terbaik dalam membantu merawat sesuatu penyakit.

Bekam sahaja secara bersendirian mungkin kurang berkesan pada sesetengah orang terutama mereka yang ada penyakit kronik. Kepada mereka yang masih sihat, inshaAllah berbekam berupaya membantu mengekalkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit.

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Sekian.

 

 

 

  •  
  •  
Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *