Anatomi dan Fisiologi Manusia

By | April 20, 2018

anatomi

Anatomi- kajian tentang struktur tubuh. Dalam bahasa Yunani Ana itu adalah badan/tubuh. Tomi pula bermaksud potong/asingkan.

Fisiologi – kajian tentang fungsi-fungsi organ/ sistem tubuh.

Ada 3 bahagian anatomi iaitu:

1. Anatomi Bahagian
2. Anatomi Sistem
3. Anatomi Permukaan

Struktur tubuh mempunyai aras organisasi yang pelbagai. Aras struktur yang paling bawah adalah aras kimia. Ia terdiri daripada atom yang apabila bergabung membentuk molekul. Molekul-molukul bergabung membentuk sel, sel-sel bergabung membentuk tisu, tisu-tisu bergabung membentuk organ, organ-organ bergabung membentuk sistem dan akhirnya sistem bergabung membentuk organisme. Dalam konteks ini organisme ialah manusia.

Sel adalah sesuatu yang hidup. Setiap kehidupan mestilah memiliki sifat-sifat berikut:

1. Organisasi- kestabilan pada sel menyediakan asas struktur tubuh yang kukuh.
2. Metabolisme– menguraikan makanan kepada partikel2 yang lebih kecil untuk menghasilkan tenaga.
3. Bergerak- pergerakan berterusan molekul2 perlu unttk membawa masuk dan keluar unsur-unsur penting.
4. Peka- sel harus berupaya mengesan perubahan persekitaran.
5. Pertumbuhan- sel harus tumbuh membesar pada tahap2 tertentu.
6. Reproduksi- pembahagian sel-sel kepada 2 atau lebih adalah perlu utk menggantikan sel2 atau tisu2 yg mati dengan yang baru.

Untuk menjamin kelangsungan hidup sel2 homeostasis (pengekalan keseimbangan persekitaran dalaman) mestilah sentiasa berlaku. Sebagai contoh, apabila suhu tubuh terlalu panas, badan akan mengeluarkan peluh untuk mengekalkan suhu badan yang normal.

Jika peluh tidak keluar ketika suhu badan terlalu tinggi strok haba boleh berlaku. Jika suhu persekitaran luar terlalu sejuk, badan akan menggigil dan rerambut kulit akan menegak utk menghasil atau memerangkap haba. Ini semua perlu berlaku utk mengekalkan persekitaran dalaman yang dinamik atau alamiah (semulajadi/normal) agar kehidupan dapat diteruskan mengikut tahap2 yang sepatutnya.

Sistem Tubuh Manusia

  • Sistem kardiovaskular: mengepam darah ke seluruh tubuh.
  • Sistem pencernaan: pemprosesan makanan yang terjadi di dalam mulut, perut, usus hingga ke dubur.
  • Sistem endokrin: komunikasi dalam tubuh dengan hormon.
  • Sistem kekebalan: mempertahankan tubuh dari serangan benda yang menyebabkan penyakit.
  • Sistem integumen: kulit, rambut.
  • Sistem limfatik: struktur yang terlibat dalam transfer limfa antara jaringan dan aliran darah
  • Sistem otot: menggerakkan tubuh.
  • Sistem saraf: mengumpulkan, mengirim, dan memproses informasi dalam otak dan saraf.
  • Sistem reproduksi: organ seks.
  • Sistem pernafasan: organ yang digunakan bernafas, paru-paru.
  • Sistem rangka: sokongan dan perlindungan struktural dengan tulang.
  • Sistem urin: ginjal dan struktur yang dihubungkan dalam produksi dan ekskresi urin.
Author: admin

Salam, saya Fadzil, lulusan pengajian Islam, kini bergiat dalam bidang perubatan Komplementari dan Traditional, berpengalaman selama 4 tahun merawat menggunakan terapi bekam dan herba kesihatan, telah ramai mendapat khidmat rawatan dengan kaedah bekam ini, mereka berjaya mendapat kesembuhan dari masalah kesihatan yang dihadapi dengan izin Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *